Selain Kumpul Duit, Amalkan Doa Mustajab Ini Juga Membantu Anda Segera Miliki Rumah Sendiri.

 

Setiap orang tentu berangan untuk memiliki rumah sendiri. Rumah yang dibeli berdasarkan hasil titik peluhnya, tentu sahaja menjadi angan setiap orang. Baik yang masih bujang ataupun sudah berkahwin tentu sahaja mempunyai angan untuk memilikinya walaupun hanya sebuah.

Tapi itulah, nak beli rumah ini bukan mudah. Tidak semudah seperti membeli baju di kedai ataupun motosikal. Beli rumah ini perlu mempunyai kewangan dan simpanan yang kukuh, itu yang menyukarkan sebenarnya.


Proses yang agak merumitkan dan bimbang ditipu juga membuatkan seseorang itu memilih untuk mengutamakan perkara lain berbanding membeli rumah.

Akan tetapi, sebagai orang yang bakal bergelar ketua keluarga, tentu sahaja anda mengidamkan rumah yang sempurna buat keluarga anda kelak. Walaupun kecil tetapi cukup untuk melindungi anda sekeluarga.

Buat anda yang ingin membeli dan memiliki rumah sendiri itu selain sedang berusaha kumpul wang yang cukup, boleh juga amalkan doa ini.



Allahhumma robbal bait, as aluka bijahi ahlil bait. An tuyassiro li khoiro bait. Hatta laa naquul ya laiit.

Maksudnya;

“Ya Allah, Engkau pemilik baitullah. Aku mohon dengan wasilah ahlil bait Rasulullah agar Engkau mudahkan untukku sebaik-baiknya rumah. Sehingga aku tidak mengucap seandainya aku punya rumah.”




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 488,294 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen