"Isteri Ini Adalah Amanah, Untuk Kita Pimpin & Bimbing Masuk Syurga. Bukan Kita Suka Kita Jaga, Tak Suka Dicerai..." Ustaz Ebit Lew.

 

Perkahwinan ini bukan untuk bercerai berai atau saling menyakiti. Akan tetapi, perkahwinan ini adalah untuk sama-sama berpimpin tangan menuju ke jalan Allah seterusnya ke syurga bersama. Bahkan, perkahwinan ini bukan nak rasa saat-saat bahagia sahaja, bila dah bosan tukar lain.

Perkahwinan ini saling melengkapi antara satu sama lain. Suami itu adalah pemimpin buat isterinya, manakala isteri adalah amanah Allah buat seorang suami. Sama-sama kita hayati nasihat dari Ustaz Ebit Lew ini, semoga sama-sama kita berubah menjadi suami isteri yang lebih baik ke jalan Allah.

Sedih pilu menangis sangat bila banyak terjadi kisah suami muda-muda lagi ceraikan isteri ada setengahnya isterinya sedang mengandung untuk berkahwin lain. Ada kisah begini yang saya cuba bantu masa masa program keluarga sunnah.



Cuba bayangkan kita diuji mak ayah kita bercerai kini. Apa perasaan kita. Jika kita dah tua ini rasa begitu. Bagaimana satu hari nanti anak yang tak tahu apa-apa itu nak faham. Hadiah paling mahal ibubapa kepada anaknya ialah didikan agama dan contoh kasih sayang keduanya. Saya berdoa Allah selamatkan rumahtangga begini dan juga rumahtangga kita semua. Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak.


Selalu dakwah anak muda di jalanan dan wajah anak sedih di sekolah-sekolah. Maaf sangat, selalu bila saya jumpa dari keluarga yang bercerai berai. Saya menangis kasihan mereka. Peluk jer mereka menangis. Baru tanya khabar mereka dah menangis. Walau anak kecil. Buat yang telah diuji teruskanlah kuat yer. Kita ada Allah. Jadikanlah musibah itu buat kita dekat dengan Allah. Percaya Allah sayang dan Allah pasti bantu.



Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa. Doakan yang baik jer untuk semua.

Satu jer nak cakap untuk ingatan diri sendiri dan semua. Isteri ini amanah Allah. Untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tak suka ceraikan. Nikah itu amanah. Lainlah beliau ada lelaki lain. Kita mulia dan manusia sebaik-baik kejadian..kita sayang kerana Allah walau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk redha Allah. Lihat isteri...kenangkanlah ibu kita..kenangkan anak perempuan kita..kenangkanlah..

Saya ingat seorang kawan saya baru kahwin jumpa ustaz kami. Ustaz, isteri saya baik, rajin,solehah, semua kerja rumah dia buat,senyum jer..sempurna..bestkan ustaz?

Ustaz itu menjawab secara berfikir. Isteri kamu ahli syurga insyaAllah..tapi kamu belum lagi. Kamu mungkin masuk neraka..

Kenapa pula ustaz. Dah semua isteri kamu buat. Kamu buat apa? Dah kahwin terus nak jadi raja. Muda-muda dah malas. Terdiam semuanya.



Bahagia itu bila kita yang memberi. Bukan tuntut hak dari pasangan..dalam kata lain saling bantu membantu dan bertolak ansur..

Pernah ada seorang suami jumpa saya. Dia nak ceraikan isterinya. Dalam perjalanan nak bercerai. Masing-masing tak nampak baik satu sama lain. Allah sayang dia uji kita. Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dapat redha Allah. Bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tapi tunaikan apa yang Allah nak..nikah itu amanah Allah.

Tapi ustaz,isteri saya degil. Malas. Tak pernah nak ambil hati saya. Tak layan saya. Selalu tolak saya....dia senaraikan buruk isteri dia..



Abang kan ketua keluarga. Ada bawa isteri belajar agama? Ada buat Taklim rumah? Ada solat tahajud sama-sama? Ada doakan isteri setiap malam? Ada baca Al-Quran sama-sama? Ada mengorat pujuk dia dekat dengan Allah..wah abang,dulu cantik lawa menawan sexy semualah. Eh, tiba-tiba hari ni baru sedar segala kekurangan pasangan. Doa pada Allah, dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dalam hidup kita? Cubalah tanya?

Wanita ini boleh jadi paling lembut dan menyejukkan membahagiakan. Wanita juga boleh jadi paling keras dan teramat menyakitkan.

Suami tak boleh ler jadi macam wanita juga nak menangis dan menjerit tak tentu pasal. Mereka melengkapkan kita. Sebab tu kita lelaki. Sebab tu kita lelaki..Dalam AlQuran kata 'ArRijal' Ar Rijal..Ar Rijal..Allah berfirman puji gelaran 'lelaki'. Tugas kita bertenang dan pimpin isteri kita kerana Allah sampai syurga.

Selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka. Memang lelaki dijadikan ketua maksudnya memimpin. Wanita ialah tunjang utama keluarga..Dakwah dengan kasih sayang dan kelembutan pujuk rayu. Malam menangis di depan Allah. Al-Quran puji pengorbanan wanita dan Islam sangat menjaga hak wanita. Setiap lelaki dilahirkan dari perut seorang ibu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 529,007 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen