Bila Memilih Mereka Yang Patah Hati Sebagai Pasangan, Usaha Anda Kena Lebih Lagi Kerana Hati Mereka Ini Rapuh Akan Luka Yang Lalu.

 

Tidak semua orang bernasib baik akan dalam hubungan percintaan. Bila sudah beri harapan yang tinggi menggunung pada seseorang boleh jadi harapan itu musnah. Boleh jadi juga, anda sudah yakin bahawa si dia itu adalah pilihan terbaik tetapi silap sedikit masing-masing terluka. Ada diantara anda tentu pernah melalui waktu-waktu yang sukar seperti ini.

Luka dihati itu boleh sembuh tetapi untuk memulakan satu hubungan yang baru tentu membuat hati gundah gulana. Satu perkara yang unik mengenai mereka yang patah hati dan pernah merasai kekecewaan adalah, mereka ini akan lebih berhati-hati dalam hubungan seterusnya.


Malah, jika anda memilih seseorang yang pernah dikecewakan, tentu sahaja hubungan anda menjadi lebih kuat dan terbaik. Jadinya, kalau dua orang yang pernah patah hati bersama, tentu hubungan akan menjadi lebih kuat dan utuh.
Apabila anda berjumpa dengan mereka ini, jangan lupa untuk tingkatkan segala usaha dengan lebih lagi. Apa yang anda lakukan perlu lebih berganda dari sebelum ini, kerana mereka ini lebih unik hatinya.



1. Akan lebih menghargai antara satu sama lain

Sikap lebih menghargai pasangan akan ada dalam jiwa mereka yang pernah terluka ini. Kalau dulu dia pernah rasa kehilangan, kini dia tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. Maka dengan itu, dia akan lebih menghargai pasangan mereka dengan sebaiknya. Malah dia lebih menjaga berbanding yang lalu.

2. Hati yang pernah kecewa faham apa itu terluka

Bila hati pernah rasa kecewa dan patah hati akibat hubungan yang lalu, dia tak akan beri rasa yang sama kepada pasangan barunya. Ini kerana, dia tahu bagaimana peritnya menyembuhkan luka di hati dan melupakan orang yang dia sayangi. Sebab itulah, bila dua orang patah hati dan kecewa bertemu, mereka akan lebih mengerti antara satu sama lain sehingga takut membuatkan pasangan rasa perkara yang sama.



3. Hati yang kecewa mampu bina sebuah team yang kukuh

Jangan tidak tahu, hubungan mereka yang pernah kecewa ini adalah lebih kukuh berbanding dengan yang lain. Ini kerana, saling memahami dan menghargai membuatkan mereka ini satu team yang begitu kukuh dan kuat sehingga amat sukar untuk dirobohkan dengan kehadiran orang ketiga.

4. Hati kecewa lebih kuat

Apa yang uniknya akan mereka ini adalah, mereka mempunyai hati yang kuat. Di mana, mereka tidak mudah dikacau atau digoda akan perkara-perkara yang remeh. Kekecewaan lalu betul-betul telah mengajarnya agar menjadi seorang yang lebih kuat dalam percintaan. Malah, dia tahu bagaimana nak tangani setiap perkara dengan tindakan yang matang.



5. Hati yang kecewa ingin hubungan ini yang terakhir

Harapan mereka yang pernah kecewa dan gagal dalam hubungan sentiasa mengharapkan hubungan yang seterusnya ini adalah hubungan yang terakhir. Sebab itulah, dirinya akan berhabis usaha untuk berikan yang terbaik dalam hubungan ini.

Jika anda bertemu dengan mereka ini, jangan sia-siakan segala usahanya. Hargai dirinya 2 kali ganda berbanding pasangan anda sebelum ini. Hati mereka ini lebih rapuh dari sebelum ini. Jangan biarkan dia merasai kekecewaan dan kerapuhan buat kali kedua.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 597,275 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen