Kadang Wanita Bukan Tolak Poligami, Tapi Dia Sendiri Tahu Kemampuan Suami.

 

Bila orang lelaki bercakap pasal poligami, memang laju membina kata-kata malah pantas juga mengeluarkan hujah-hujah yang tak disangka. Selalu sangat menyatakan bahawa poligami ini bagus itu ini dan lain-lain lagi. Kalau difikir dari sudut positifnya, poligami ini sememangnya memudahkan tugas isteri malah meringankan juga beban si isteri.

Akan tetapi mengapa bila sebut pasal poligami si isteri terus melenting?

Bahkan kenapa pula suami-suami yang nak berpoligami ini ambil langkah mudah dengan berkahwin senyap-senyap?


Tiada wanita yang mahu berkongsi kasih sayang dari insan yang mereka sayangi. Akan tetapi, tiada seorang pun wanita yang boleh menolak ketetapan Allah, tetapi mereka ini kenal dengan suami mereka sendiri. Bab tanggungjawab serta kemampuan suami.



Wanita solehah tentu sahaja tidak akan menolak poligami, bahkan dengan sendirinya dia akan mencari pasangan baru buat suaminya. Itu kerana dia tahu bahawa suaminya itu mampu untuk memberi nafkah, bertanggungjawab malah adil antara kesemua isterinya.

Rasa cemburu itu akan sentiasa anda, tetapi jika dipandang sudut positif dan kebaikannya tentu sahaja, api cemburu itu akan terpadam. Malah isteri-isteri juga menikmati saat berpoligami dengan sebaiknya.

Apa yang menjadi masalahnya mengapa isteri begitu menentang tindakan suami untuk berpoligami ini?

Isteri adalah orang yang paling kenal suami berbanding ibu bapanya, sebab itulah sebelum nak berpoligami ini isteri sudah tahu adakah suaminya itu mampu ataupun tidak.



Belum tambah satu cawangan lagi, si isteri yang meringankan beban suami dengan berkerja. Tanggungjawab suami juga kadang kala dipikul oleh si isteri. Itu belum lagi bab nafkah lagi, kadang kala isteri pejam mata sahaja nafkah yang dilupakan suami. Itu baru beristeri seorang, kalau beristeri dua atau tiga, macam mana pula keadaan isteri dan anak-anak yang lain? Bukan ke akan terabai?

Petikan dari perkongsian Muhammad Hassan “poligami itu satu tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk menyelamatkan orang lain,bukan satu sandiwara untuk melayan kehendak nafsu semata.”

Jadi, kadang bukan isteri menolak poligami tetapi suami kena tahu kemampuan diri sendiri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 630,426 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen