Isteri Kuat Berleter Menjadikan Suami Lebih Sihat. Lepas Ini Tak Payah Masam Muka Kalau Isteri Banyak Cakap.

 

Seperti yang kita tahu, orang perempuan ini adalah mereka yang suka berleter ataupun cerewet orangnya. Nak-nak lagi selepas mereka ini menjadi ibu ataupun isteri, dia punya leteran itu kadang kala membingkitkan malah ada juga yang membuatkan suami tarik muka.

Ada sahaja perkara yang membuatkan mereka ini berleter tanpa henti. Malah yang mendengar dan menonton ini terasa penat dengan segala leteran dan kata-kata mereka itu, tapi tuan puanya badan masih okay je lagi.

Leteran atau bebelan ini adalah satu tindakan kasih sayang seorang wanita, isteri atau ibu terhadap seseorang yang betul-betul dia ambil berat. Kalau tidak, tentu dia tidak akan penatkan mulutnya hanya untuk bercakap akan sesuatu yang belum tentu ingin didengari.


Sekiranya anda mempunyai isteri yang banyak bercakap, suka berleter ataupun seorang yang agak cerewet, jangan bimbang. Kalau anda terlalu bimbang ia sebenarnya akan membahayakan perkahwinan anda tetapi jika anda buat tidak tahu dan sentiasa tadah telinga, tentu sahaja ia sangat membantu dalam perkahwinan anda.



Beberapa penyelidikan yang dilakukan baru-baru ini mendapati bahawa seorang isteri yang suka berleter dalam perkahwinan ini banyak faedah yang menajubkan. Kajian mendapati bahawa suami yang memiliki isteri seperti ini akan membantu suami mendapatkan tubuh badan yang lebih sihat.

Kewujudan isteri seperti ini dalam kehidupan kekeluargaan juga akan membantu anak-anak dalam keluarga menjadi seorang yang lebih sihat dan bijak dari biasa. Akan tetapi diingatkan bahawa, isteri tidak bertindak keterlaluan.



Dari petikan healthline.com, kajian yang dijalankan di Michigan State University mendakwa bahawa kelakukan isteri yang suka berleter ini dapat mengelakkan risiko diabetes. Dengan sikap isteri seperti ini juga akan menghalang suami terlibat dengan masalah obesiti.

Profesor Cathy Liu, Ph.D., dari Michigan State University, menjelaskan bahawa kebanyakan isteri berleter mengenai suami mereka kerana mereka peduli dengan suami mereka. Isteri berleter menunjukkan dia peduli dengan keluarganya. "Wanita merasa bahawa mereka mempunyai tanggungjawab penuh untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan keluarga mereka, yang menjadikan mereka lebih cerewwt. Ini sebenarnya baik selagi sikap peduli yang tidak berlebihan," kata Prof. Cathy.



Pada dasarnya, isteri itu berleter kepada suaminya tentang perkara-perkara yang baik untuk suami dan keluarganya. Sikap isterinya itu merupakan satu bentuk kasih sayang, penjagaan dan perhatian kepada suaminya.

Jadi selepas ini kalau nampak isteri membebel atau berleter kerana silapnya anda, jangan nak masam muka atau tarik muka. Isteri sayangkan anda, sebab itu dia selalu mengingati anda akan perkara-perkara yang sebegini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 488,256 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen