Jangan Takut Akan Status 'Single' Berbanding Bersama Dengan Orang Yang Salah.

 

Ada yang merasakan bahawa perkahwinan ini mampu melengkapi hidup seseorang yang telah lama kosong. Sebabnya, sering kali dinyatakan bahawa perkahwinan ini akan membahagiakan malah perkahwinan ini juga membantu kesihatan tubuh badan anda.

Bila umur semakin meningkat, ramai yang akan berlumba-lumba untuk mendirikan rumahtangga pula, kalau boleh tidak mahu menjadi yang terakhir diantara rakan-rakannya. Namun begitu, nak cari jodoh ini bukan satu perkara yang mudah, bukannya dengan ada niat nak kahwin, terus sahaja jodoh sampai.


Sudah tentunya, perlu ada pemilihan, tapisan malah tempoh perkenalan dahulu barulah anda boleh menyatakan hasrat anda. Bila dah ada calon pilihan ini, bila-bila je boleh kahwin, yang susahnya bila tak ada calon pilihan.

Sebab itu, dalam mencari jodoh ini, akan lihat beberapa orang yang serius untuk berkahwin, bahkan ada juga yang mencari bila dah serasi barulah membuat keputusan untuk berkahwin. Anda yang mana?



Apa yang lebih membimbangkan adalah, sikap tergopoh gapah dalam mencari jodoh ini mungkin akan memberi kesan di kemudian hari. Dimana, anda hanya memilih jodoh secara rawak sahaja, kerana dek takutkan umur yang semakin meningkat ataupun takut rakan-rakan yang lain berkahwin dahulu.

Jangan takut akan status ‘single’ asalkan anda tidak tersalah pilih pasangan.

Ramai orang memandang mudah dengan memilih pasangan ini. Ada yang berpendapat bahawa kalau perkahwinan pertama tak menjadi boleh kahwin untuk kedua atu ketiga kalinya. Mungkin kelihatan mudah bagi anda, tetapi sanggup ke anda berdepan dengan cabaran dan liku rumahtangga berulang kali serta berakhir dengan cara yang sama?

Sudah tentu tidak bukan? Kalau boleh berkahwin ini sekali seumur hidup, jika berlaku perpisahan biarlah hanya maut sahaja yang memisahkan kalian berdua. Itu semua harapan mereka yang berumahtangga. Tapi bukan mudah.



Maka jika itu harapan anda, perlulah diingatkan agar berhati-hati dalam memilih jodoh. Bukan perlu kenal dalam tempoh yang lama atau mempunyai pangkat dan sebaliknya. Akan tetapi ambil masa untuk memilih, berkenalan dan kenal keluarganya.

Ramai yang takut akan status single ini lalu membuat pilihan dalam keadaan tidak berfikir panjang ataupun persediaan dalam diri mereka sendiri. Nak kahwin ini bukan hanya anda sahaja yang perlu bersedia, malah calon pasangan anda juga bersedia dan serius akan niat untuk berumahtangga.

Sering kali diingatkan, bekahwin ini bukan hanya untuk halalkan hubungan sahaja, tetapi dekatkan diri dengan Allah malah lebih kenal akan erti tanggungjawab. Bila berkahwin dengan berniatkan Kerana Allah, maka setiap perkara yang berlaku tentu akan mampu anda hadapi dan tangani.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 531,362 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen