"Bertuahnya Dapat Isteri Pandai Ambil Hati Mak Mertua Ini..." Dah Jadi Menantu Nanti Jangan Lupa Ambil Hati Ibu Bapa Pasangan KIta.

 

Banyak tips-tips bagaimana nak pikat hati mertua, bagaimana nak diterima dalam keluarga mertua ataupun macam mana nak jadi menantu kesayangan mertua. Dalam masyarakat kita ini, sering kali akan ada masalah di antara mertua dan juga menantu. Yang selalu sangat kita tahu adalah sukar untuk sefahaman, bukan menantu piliha dan macam-macam lagi.

Akan tetapi sangat membahagiakan kalau suami-suami dapat isteri yang pandai ambil hati mertua ini. Bukan ibu mertua sahaja senang suami anda pun senang, jadi kalau ada salah faham ke apa, cuba untuk bertolak ansur dengan mertua kita ini. Barulah mudah sahaja nak ambil hati mereka nanti.


Macam perkongsian suami ini, Mohd Fhais bahagia rasanya apabila memiliki isteri yang bijak ambil hati mertua. Jom sama-sama ambil pengajaran dari kisahnya ini.

Bertuah dapat isteri pandai ambil hati mak mertua.

Semalam mak saya dan adik beradik datang ke rumah. Diorang arah balik dari cameron highland, diorang singgah ke rumah. Nak tidur 2 malam katanya.



Kebetulan kerja pun banyak, dan agak sibuk sekarang ni jadi tak dapat nak entertain diorang sangat. Jadi saya tak adalah rasa kelam kabut sangat.

Tapi lain pula cerita isteri saya. Dia punya risau, kejap kejap tanya.

"Bang, mama nak datang nanti nak bawa jalan mana?"

"Bang, sayang kerja pagi tau masa mama datang tu, malam baru boleh jalan"

"Nanti nak ajak mama makan kat fullstop yang sedap tu tau bang"

"Bawang ngan telur sayang dah siap beli kalau nak masak masa mama ada"

Bukan tu je, 2 hari sebelum tu waktu tengah malam orang lain semua dah berdengkur saya dengar bunyi sot set sot set.

Ingat bunyi apa, rupanya isteri sedang sapu dan mop lantai bilik tamu, ruang tamu dan bunyi tu datang dari alihkan sofa dan kerusi.

Dari tak risau kita pula jadi risau tengok isteri tak boleh bawa bertenang ni.

Apa pun, syukur alhamdulillah.. Bertuah kerana dapat isteri yang cuba sedaya upaya untuk jaga hati mak mertua.
Zumba yang "self love" dia pun dia sanggup cancel semata-mata nak layan mak mertua. Katanya tak apa la, bila bila boleh zumba, mak datang jarang jarang.



Setiap kali balik kota tinggi rumah mak, isteri tak pernah lupa bawa ole ole. Dia tak tanya pun saya, tahu tahu ada je sebungkus ole ole dalam kereta. Katanya, mama suka ole ole.

Setiap kali mak datang ke rumah, tak pernah sekali pun dia abaikan. Malah over melayan lagi ada la. Bestnya bila dua wanita paling istimewa ini boleh get along.

Dua dua lain usianya. Dua dua tak pernah duduk sekali. Dua dua jarang bersua muka. Tapi dua dua saling menjaga hati sesama sendiri.

Tak menjadi isu sebenarnya bila ada orang tua yang jenis cerewet, banyak songgeh dan selalu nampak kesalahan kita. Mereka memang ada hak!

Cuma hak kita ialah hormat pada yang lebih tua. Percayalah, bila yang muda boleh hormat pada yang tua, semua hubungan boleh jadi selesa.

Hormat tak menjatuhkan, malah menaikkan maruah kita!

Wallahu A'lam,

Mohd Fhais
Lelaki yang happy

p/s : Para suami hargailah isteri yang pandai ambil hati mertua kerana sesungguhnya anda sangat bertuah!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 630,439 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen