Bila Bertengkar Dengan Pasangan, Para Wanita Kena Lakukan Ini. Baru Tak Ada 'Drama' Selepas Berbaik.

 

Orang perempuan ini memang banyak dramanya. Masa Berbaik pun dah macam-macam ragam yang perlu dihadapi, inikan pula semasa dan selepas berlakunya pertengkaran. Lagilah macam-macam ragam yang mungkin anda tak ketahui.

Akan tetapi pertengkaran ini sebenarnya membawa kebaikan dalam hubungan setiap pasangan. Ini kerana, pertengkaran ini adalah cara pasangan untuk matang dan memperkuat dan mengekalkan komitmen kepada satu sama lain. Walaupun, antara lelaki dan perempuan ini berbeza berdepan dengan pertengkaran tetapi tetap sahaja ia membawa kepada kebaikan buat keduanya.


Jadi, apa yang wanita perlu lakukan apabila berdepan dengan pertengkaran?



1. Dengar apa pasangan anda ingin luahkan?

Apa yang dirinya ingin katakan, apa yang dirinya simpan. Ini semua anda perlu mendengarnya dengan baik dan tidak boleh sedikit pun tersalah faham. Ini kerana, apabila anda salah faham akan perkara ini, ia akan menimbulkan kekeliruan yang lain. Pada masa yang sama, anda juga perlu fahami apa yang pasangan anda simpan dan rasakan. Barulah boleh jernihkan suasana.

2. Perlu luahkan segala yang tersimpan dalam hati.

Tak guna kalau hanya anda sahaja yang mendengar apa yang pasangan anda katakan, sedangkan apa yang pasangan anda perlu dengar dan fahami akan diri anda juga penting. Jangan takut untuk luahkan segala rasa tak puas hati atau tersimpan dalam hati anda. Jika anda sekadar membiarkan dan menelan seorang diri, itu yang akan jadinya drama berlanjutan.



3. Jangan ungkit silap yang lepas.

Setiap kali berlakunya pertengkaran yang baru, jangan cuba untuk ungkit segala kesilapan yang lepas. Ini kerana, kesilapan yang lepas itu sama macam anda menyiram minyak ke dalam api yang membara. Maka dengan itu, segala silap atau kesalahan yang lepas, biarkan ia berlalu jang diungkit lagi.

4. Memaafkan dan meminta maaf.

Bila berlakunya pertengkaran dan salah faham, jangan pula untuk meminta maaf dan memaafkan pasangan anda. Jika anda lakukan perkara ini, maka setiap perkara yang berlaku itu akan begitu mudah untuk diabaikan dan dilupakan. Jika anda suami isteri, adalah lebih baik kalau saling memaafkan sebelum masuk tidur.



5. Jangan disebarkan kepada orang lain.

Ini yang paling ditakuti dan sering kali dilakukan pada ketika ini. Menyebarkan atau memuat naik di media sosial adalah perkara yang akan menjatuhkan imej pasangan malah ia juga dianggap sebagai perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana, setiap perkara yang berlaku diantara suami isteri adalah rahsia semasa anda bukannya perlu melibatkan orang lain. Malah, setiap kata-kata orang lain itu boleh jadi akan menjadi racun dalam hubungan anda.

Pertengkaran dan salah faham adalah perkara biasa yang akan berlaku dalam setiap hubungan, akan tetapi yang berbezanya adalah bagaimana anda semua menangani masalah tersebut.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,502 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen