Bercinta Bertahun-tahun, Belum Tentu Kenal Hati Budi. Lepas Kahwin Baru Kenal Siapa Si Dia Yang Sebenarnya.

 

Perkahwinan dan juga percintaan adalah dua perkara yang berbeza. Walaupun, kedua-duanya memerlukan kesetiaan, saling percaya dan juga berkerjasama, tetapi perkahwinan ini lebih banyak dugaan berbanding percintaan. Kalau bercinta ini banyak manisnya yang akan dirasai, tetapi bila berkahwin pula akan lebih banyak cabaran dan dugaan yang datang menyinggah.

Walaupun anda bercinta bertahun-tahun dengan pasangan anda, itu tidak bermakna anda sudah cukup kenal dengan pasangan anda. Tidak kiralah, walaupun anda menghabiskan masa dengannya selama 24 jam sekali pun, tentu sahaja ia tidak sama dengan masa yang sama setelah bergelar suami isteri.


Orang kata, selagi tidak tidur sebantal dan sebilik, selagi itulah anda masih belum kenal pasangan anda lagi. Bila bercinta ini boleh sahaja seseorang itu berpura-pura menjadi yang terbaik buat anda, malah boleh jadi juga dia memberikan segalanya yang anda mahukan, tetapi bila sudah bergelar suami isteri, dia belum tentu seperti yang anda kenal.



Selagi dirinya belum jadi seseorang yang perlu diutamakan, selagi itulah dia akan menunjukkan semua kebaikan yang ada pada dirinya. Tapi itu semua belum tentu menjamin dalam hubungan selepas berkahwin.

Selepas berkahwin, pasangan anda akan mula menjadi orang berbeza. Mula ke tepikan anda kerana merasakan anda telah berjaya dimiliki. Mula mencari perkara lain yang mungkin akan menjadi keutamaan dirinya. Dari sinilah anda akan merasakan perubahan pasangan anda.



Setiap kelakuan dan perangai pasangan anda yang sebelum kahwin kini sudah tiada lagi, yang ada adalah orang yang berbeza dalam rumahtangga kalian. Boleh jadi dia bukan seorang yang romantik, seorang yang terlalu matang, malah orang yang menganggap mudah semua perkara. Sebab itulah sering kali dikatakan bahawa sikap pasangan masa bercinta tidak akan dibawa selepas berkahwin.

Walaupun tidak semuanya berubah, akan tetapi ada sahaja perubahan yang akan anda lihat. Sebagai contoh, masa bercinta anda lihat pasangan begitu manja dan sentiasa perlukan anda, boleh jadi selepas berkahwin dia menjadi seorang yang matang dan bijak menguruskan serba serbi.



Tapi jangan bimbang, tidak semuanya akan berubah. Tetap sahaja ada yang masih kekal dalam hubungan seperti kasih sayangnya kepada diri anda. Mungkin sikapnya sahaja tetapi hatinya masih terpaut pada diri anda.

Bercinta lama-lama ini tidak menjanjikan apa-apa pun. Selepas berkahwin, setiap dari anda akan mula berubah menjadi orang yang baru terhadap pasangan masing-masing. Jadi jangan tunggu lama-lama untuk mendirikan perkahwinan, sebaliknya, bila berkenan terus sahaja masuk meminang.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,508 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen