Jangan Cepat Melenting Kalau Si Dia Tiba-Tiba Senyapkan Diri, Ini Cara Anda Berdepan Dengan Situasi Ini.

 


Bila tiba-tiba call tak diangkat dan pesanan tidak berbalas, siapa sahaja yang tak mula fikir bukan-bukan dan mula menjadi marah. Nak-nak lagi kalau orang itu adalah orang yang anda sayangi, tentu sahaja anda lebih mudah nak melenting dan juga mengamuk.

Kadang tak sempat dengar penjelasan, pasangan tentu sahaja telah dimarahi dengan kata-kata yang tak sedap didengari. Walaupun anda bimbang akan tindakan pasangan, tetapi anda juga perlu hormati sikapnya, mana tahu ada sebab dia lakukan perkara seperti itu.


Jadinya, jangan terlalu mudah bermain emosi kalau tiba-tiba pasangan anda hilang sehari. Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah…

1. Tetap tenang, jangan panik.

Bila anda rasa panik, ia sebenarnya akan membuat anda rasa lebih marah dan ingin cari tahu. Anggap sahaja pasangan anda perlukan masa untuk dirinya atau tertidur, barulah anda boleh tenangkan diri anda. Sikap yang tenang juga akan membuatkan pasangan anda tidak rasa tertekan dengan sikap anda. Malah dia juga akan senang hati untuk jujur dengan anda.



2. Jangan mendesak.

Paling penting, jangan mendesak pasangan. Ini kerana, bila anda mendesak dirinya tak mustahil dia akan sembunyikan sesuatu atau cuba tidak jujur dengan anda. Cuba untuk lebih tenang dan berikan dia masa. Bila layanan anda baik, pasangan juga lebih mudah nak berlaku jujur.

3. Jangan marah-marah, tapi dengar setiap alasan.

Ini paling sukar sebenarnya, anda akan merasakan bahawa setiap alasan yang dia katakan itu tentu sahaja tidak munasabah. Akan tetapi jangan marah terlalu awal, adalah lebih baik anda dengar setiap alasannya sebelum menyerangnya semula. Bukan ke taktik itu lebih berkesan?



4. Keluarkan kata yang baik-baik.

Bila anda bimbang dan risau ini, tentu banyak perkara yang terfikir dan rasa nak dilontarkan. Akan tetapi, kata-kata itu satu doa maka katakanlah sesuatu yang baik kalau anda menyayangi dirinya. Itu sebenarnya lebih elok, bukan ke anda sayang akan dirinya?



5. Jangan kerap telefon, beri masa.

Mungkin dia perlukan masa untuk tenangkan hati, fikirkan hubungan dengan anda atau me time. Jadinya, jika anda timbulkan rasa tak selesa untuknya, tentu sahaja ia akan berasa rimas akan anda. Malah jika anda melakukan ini, boleh jadi ia akan menjadi satu pertengkaran buat kalian.

Kadang memang tak mudah nak lakukan ini, akan tetapi jika anda tak lakukan macam mana nak selesaikan masalah dengan baik. Kadang kala setiap orang perlukan masa untuk dirinya sahaja.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,490 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen