Nafkah Tetap Kena Bagi Walaupun Isteri Lebih Banyak Gaji Dari Suami.

 

Bab-bab nafkah ini tak boleh buat main. Ini merupakan salah satu tanggungjawab seorang suami. Walaupun secara umumnya nafkah ini hanya berkaitan dengan makan minum, pelindungan pakaian dan lain-lain, tapi kalau tak ditunaikan berat jawabnya.

Nak-nak lagi pada masa ini, isteri kebanyakan miliki kerjaya yang tersendiri, malah ada yang gajinya lebih besar dari suami. Akan tetapi itu bukannya menjadi sebab itu suami tidak tunaikan tanggungjawab dalam memberi nafkah. Sedikit pesanan Firdaus Shakirin buat suami serta bakal suami.


Isteri bekerja, isteri berniaga, isteri ada pendapatan sendiri, NAFKAH TETAP KENA BAGI.

Kewajipan suami tidak akan terlepas atau terbatal walaupun isteri ada pendapatan bulanan sendiri. Tak kisahlah walau gajinya lebih tinggi atau keuntungan perniagaannya lebih banyak dari suami.

Ini kerana kedudukan suami itu dalam rumah tangga.

Suami itu ketua, suami itu pemimpin dan suami bertanggungjawab ke atas apa yang dipimpinnya iaitu isteri dan anak-anak. Di akhirat kelak, suami akan ditanya tentang kebajikan isteri dan anak-anak.



Tanggungjawab hakiki untuk menyediakan tempat tinggal, makan minum, pakaian dan perubatan seorang isteri masih di bahu suami walau apa jua pekerjaan isteri.

Suami tak boleh paksa isteri untuk bayar hutang suami, suami tak boleh rampas duit isteri untuk kegunaan suami.

Duit isteri tetap duit isteri walau suami yang membenarkan isteri bekerja atau berniaga.

Sekiranya suami ingin mengagihkan komitmen keluarga dengan cara “ini awak bayar, itu saya bayar”, maka suami perlu dapat izin dan redha isteri. Isteri perlu ada kesedaran untuk membantu meringankan bebanan suami dalam menanggung keluarga. Kebiasaannya, ini cara yang diamalkan oleh kebanyakan suami dan isteri yang bekerja/berniaga.



Suami bayar rumah, isteri bayar kereta.

Suami beli barang mentah, isteri bayar yuran sekolah.

Suami bayar bil utiliti, isteri bayar duit makan hari-hari.

Suami masih wajib untuk menanggung apa yang sepatutnya ditanggungnya dengan kemampuan yang dia ada. Jika suami masih ada duit lebih selepas dibantu isteri, maka suami perlu ambil lagi bebanan yang ada di bahu si isteri.

Kewajipan menafkahi akan terlepas sekiranya si isteri redha untuk suami tidak menyediakan makan minum, pakaian, perubatan dan tempat tinggal kerana si isteri mampu untuk melakukan yang sedemikian dengan pendapatan yang dia ada. Jika tidak, NAFKAH TETAP KENA BAGI.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,490 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen