Wanita Mudah Manjadi Mangsa Penipuan Sebelum Kahwin, Ini Sebab Yang Anda Perlu Waspada.

 

Wanita sering kali menjadi mangsa penipuan, terutama ketika mereka ini dilamun cinta. Walaupun penipuan ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak kira mangsa, tetapi ada juga yang memilih wanita sebagai sasaran mereka. Penipuan wang ringgit, maruah dan pelbagai lagi yang menyasarkan kaum wanita sebagai mangsanya.


Maka dengan itu, kaum wanita perlu lebih peka terhadap sekeliling malah jika menjalinkan satu hubungan. Kadang kala, bila sudah lama berkenalan juga menjadi punca wanita mudah ditipu. Wanita seharusnya sentiasa berhati-hati dalam berkenalan dengan seseorang yang belum begitu dikenali.

Nak tahu mengapa wanita mudah menjadi mangsa penipuan dalam alam maya mahupun secara berdepan, ini sebab yang anda perlu tahu.



1. Mudah makan pujuk rayu.

Mana-mana wanita tentunya mudah terpedaya dengan pujuk rayu seorang lelaki yang di sayangi. Bila si lelaki kata kesempitan hidup, ibu bapanya sakit ataupun ingin kembangkan perniagaan, tentu sahaja si wanita tidak sanggup melihat orang yang dia cintai itu kesusahan. Wanita kan selalu dianggap sebagai tulang belakang lelaki, itu yang mereka mudah termakan pujuk rayu.

2. Terlalu percaya.

Ini juga banyak berlaku di kalangan wanita, terlalu mempercayai pasangan akan membuatkan wanita sanggup menyerahkan apa sahaja. Malah, ada yang sanggup memberi puluhan ribu ringgit hanya kerana percaya bahawa lelaki tersebut menyayangi dirinya. Walaupun tidak nampak usaha yang diberikan oleh lelaki untuk menghalakannya, tetapi wanita tetap percaya.



3. Bergantung pada lelaki.

Ramai wanita yang bila menjalinkan hubungan dengan lelaki, dia mula bergantung sepenuhnya terhadap lelaki tersebut. Walaupun hubungan masih samar-samar lagi, tetapi bagi wanita lelaki tersebut adalah jodoh buat dirinya. Maka dengan itu, dia bergantung sepenuhnya terutama dalam menguruskan kewangan dirinya sendiri.

4. Buta kerana cinta.

Sering kali terjadi adalah wanita terlalu mencintai pasangannya. Walaupun ditipu ataupun didera, wanita biasa anggup bertahan hanya kerana cinta. Sebab itu, bila wanita terlalu mencintai lelaki dia ini mudah untuk diambil kesempatan. Mencintai seseorang itu berpada-pada, jangan sampai memakan diri.



5. Terlalu inginkan pasangan.

Wanita ini mudah untuk mempercayai, nak-nak lagi bila orang tersebut menyatakan bahawa dia akan dikahwini olehnya. Siapa yang tidak berangan untuk berkahwin dan membina keluarga bahagia, tentu sahaja ia menjadi satu peluang untuk seorang lelaki menipunya.

Walaupun dengan suami sendiri, tidak salah kalau anda meletakkan 5% keraguan dan waspada terhadap dirinya. Ini kerana, demi kebaikan diri malah keselamatan diri anda juga.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,508 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen