6 Tanda Cliche Pasangan Mula 'Tawar Hati' Dengan Anda. Yang Ada Tanda-Tanda Ini Kena Hati-Hati.

 

Tawar hati ini berlaku bukan kerana sudah tidak sayang, ataupun sudah berjumpa pasangan yang lebih elok dari yang ada, akan tetapi ia berlaku kerana sudah rasa kecewa dengan pasangan malah sentiasa disakiti dengan orang yang disayangi. Itulah yang menyebabkan seseorang menjadi tawar hati dengan pasangan mereka.

Sebagai pasangan, anda tak akan sedar akan perubahan diri mereka. Anda akan sentiasa merasakan bahawa mereka ini sentiasa baik-baik sahaja, malah hubungan dengannya hanyalah salah faham yang kecil. Akan tetapi, tawar hati ini berlaku dalam diam di dalam hati seseorang tanpa tahu bila ia bermula.


Bila sudah banyak perkara yang anda lakukan, malah tiba-tiba pasangan menyatakan dia tawar hati, mungkin ini yang perlu anda lihat semula beberapa tanda ini.



1. Perubahan rutin harian dia.

Jika sebelum ini selamat malam dan good morning itu adalah rutin kebiasaan yang dilakukan pada anda, mungkin dia akan mula tidak akan melakukannya. Malah dia juga hanya mengabaikan ucapan ini dari anda. Kadang kala bila anda desak baru ucapan ini keluar semula.

2. Mula jarakkan diri.

Paling ketara sebenarnya tapi ramai yang tak sedar. Dia mula katakan dirinya sibuk, malah sentiasa bersama rakan-rakannya ataupun senyapkan diri secara tiba-tiba. Itu semua menunjukkan dia sedang menjauhkan diri dari anda.

3. Mula tak balas call atau pesanan.

Dulu, setiap call atau pesanan anda segera akan dia balas atau call anda semula. Akan tetapi, bila dia mula abaikan anda sedikit demi sedikit, tentu sahaja dia mula rasa anda tak penting lagi. Cuba lihat kalau pasangan anda ada lakukan perkara ini.



4. Dingin dengan anda.

Jika anda mengenali dirinya penuh dengan mesra ataupun sangat manja dengan anda, mungkin ketika ini sudah tidak lagi. Dia lebih bersikap dingin dengan anda. Ada sahaja perkara yang tak kena dan kadang kala sengaja mencari silap anda.

5. Malas perbaiki hubungan.

Pasangan mana yang tidak bergaduh, tentu sahaja setiap pasangan akan lalui perkara ini. Akan tetapi, jika pertengkaran yang berlaku itu tentu sahaja akan berakhir dengan pendamaian, tetapi tidak bagi hubungan anda. Pasangan anda tiada usaha untuk perbaiki hubungan kalian berdua.



6. Luahkan rasa hati.

Kemuncaknya, dia akan menyatakan bahawa dia tawar hati dengan anda, kecewa malah tiada hati untuk bersama dengan anda lagi. Ketika ini bukannya satu perkara yang menguji anda, tetapi sememangnya lahir dari hati dirinya. Maka dengan itu, cuba untuk dengar luahan hatinya dan ambil tindakan, itu pun kalau anda bernasib baik memiliki peluang kedua. Tapi tak semua orang mempunyai kesempatan seperti itu.

Tawar hati ini anda tak tahu bila ia bermula dan berlaku. Apa yang anda tahu bila sudah sampai ke puncaknya dan anda tidak mampu selamatkannya. Sekali orang tersebut kata dirinya tawar hati dengan anda, tangisan air mata darah sekalipun dia tidak akan melayaninya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,502 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen