Wanita Tidak Akan Mendekati Lelaki Yang Mempunyai 7 Ciri Ini, Nak-Nak Lagi Yang Suka Kondem Mereka.

 

Susah dapat jodoh, bila dekat dengan perempuan dia menjauhkan diri. Ada beberapa sebab mengapa wanita ini tidak mendekati anda, bukannya kerana anda ini tidak ada rupa ataupun harta tetapi boleh jadi kelakuan anda itu menyebabkan dia menjauhi anda.

Kadang kala tak boleh nak salahkan orang perempuan juga, kerana mereka ini bila dah sayang sanggup sahaja telan apa jua keadaan tapi sebelum jatuh sayang lebih baik dia jauhkan diri dahulu. Sebab itu mereka tidak mahu mendekati lelaki yang mungkin tidak beri kebahagiaan kepada dirinya kelak.


Ini ada beberapa jenis lelaki berserta personaliti yang menjengkelkan.

1. Lelaki perasan bagus

Wanita paling tidak senang dengan lelaki seperti ini. Biasanya lelaki seperti ini hanya rasa dia sahaja yang bagus dan betul dalam apa jua keadaan. Mereka menganggap apa yang mereka lakukan adalah lebih baik daripada orang lain. Mulut tidak henti-henti mengata mengenai kelemahan orang lain. Mereka juga sering menentukan perkara untuk pasangan tanpa berbincang bersama.



2. Lelaki benci wanita

Apa yang membuatkan wanita tidak mahu mendekati lelaki seperti ini? Mereka ini selalu memandang wanita ini sebagai insan yang lemah serta boleh ditindas. Sentiasa memandang dari sudut negatif seorang wanita dengan menganggap wanita ini perlukan lelaki sentiasa tanpa tahu berdikari. Lelaki seperti ini memang perlu dijauhi, kerana mulutnya sering sahaja akan merendahkan pasangannya.

3. Lelaki kaki gaduh

Kalau lelaki ini tentu sahaja mudah melenting dan juga bertengkar dengannya. Bila bersama dengannya tentu pertengkaran tidak akan ada penghujungnya. Itu yang membuatkan ramai wanita rimas dengan lelaki seperti seolah-olah dia sahaja yang patut jadi juara.



4. Lelaki mata keranjang

Wanita mana yang sukakan pasangannya melihat wanita lain. Pantang nampak wanita berdahi licin terus sahaja menjelingkan matanya ke arah wanita itu. Belum lagi yang suka test power mereka hingga mengeruhkan hubungan. Mereka ini merasakan dialah romeo yang mampu pikat mana-mana hati wanita, sedangkan hati pasangan sendiri tak terjaga.

5. Lelaki pentingkan diri

Mungkin dia bersikap baik dengan diri anda tetapi tidak pada orang lain. Sikapnya terhadap orang sekeliling mengambarkan siapa dirinya sebenarnya. Tak mustahil juga kalau satu hari nanti anda menjadi mangsa sikapnya yang pentingkan diri serta ego itu.



6. Lelaki yang meminta-minta

Lelaki seperti ini biasanya cuba mengeambil perhatian pasangnnya dengan meraih simpati dan timbuljan rasa kasihan pada dirinya. Sentiasa berkongsi akan masalah yang dia alami dan meminta belas dari pasangannya. Semuanya tidak mampu lakukan sendiri dan berharap bantuan dari orang. Tidak mustahil pasangan boleh ragu dengan kebolehan si dia sebagai lelaki yang bertanggungjawab kelak.

7. Lelaki suka memaksa

Segala kata yang dikeluarkan perlu dituruti, malah apa yang pasangan katakan itu sebagai angin lalu sahaja. Lelaki seperti ini biasanya tidak akan memberikan kerjasama yang baik dalam hubungan. Selalunya dia sahaja yang akan menguasai hubungan dan menekan pasangan. Lelaki seperti ini biasanya hanya memahami kehandak diri bukan kehandak pasangan.

Jangan selalu sangat nak salah anggap dengan wanita, kadang mereka ini jauhkan diri dahulu dari disakiti kemudian hari. Nak mudah wanita mendekati jangan ada sikap seperti ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,502 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen