Makan, Makan, Makan... Asyik Fikir Pasal Makan Je, Mungkin Anda Hidap BED. Orang Perempuan Ramai Kena Gangguan Ini.

 

Makan ini mampu membahagiakan seseorang, kembalikan mood yang sedih menjadi ceria. Malah ada juga yang bila lapar dia marah tapi bila dia kenyang dia akan tersenyum. Makanan ini mampu mengubah mood seseorang dari buruk ke baik.

Akan tetapi, jika anda mempunyai tabiat suka makan dan sentiasa ingat pasal makanan, anda sebenarnya sedang menghadapi 'binge eating disorder' (BED).


BED merujuk kepada kecelaruan makan apabila seseorang itu gagal mengawal nafsu makannya. Pendek kata, seseorang itu akan makan tanpa sebab walau sudahpun kenyang.



Menurut portal Hello Sehat, sindrom ini ada kaitannya dengan psikologi dan boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina. Namun, golongan wanita dikatakan lebih kerap mengalami gangguan ini khususnya pada peringkat remaja.



Antara tanda-tanda BED ialah:

1. Tidak boleh kawal nafsu makan
2. Selalu memikirkan tentang makanan
3. Sering menyembunyikan makanan dan makan secara tersorok supaya tidak kelihatan oleh orang lain.
4. Sering makan semasa mengalami tekanan.

Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti yang disebutkan, cuba untuk pola pemikiran anda mengenai makanan serta sentiasa sibukkan diri anda agar tidak terfikir mengenai makanan sahaja.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,609 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen