Orang Bujang Selalu Makan Seorang Diri, Tanpa Teman Di Sisi. Ini Tips Buat Anda Yang Selalu Makan Bersendirian. Lepas Ini Tak Payah 'Tapau' Lagi Dah.

 

Memang sudah perkara biasa jika anda bujang dan terpaksa menikmati waktu makan anda bersendirian. Walaupun mempunyai rakan-rakan disekeliling, kadang kala rakan-rakan tidak sentiasa boleh menemani diri anda. Boleh jadi, mereka akan sibuk dengan urusan mereka sendiri.

Jadi anda tentu perlukan keberanian untuk makan secara bersendirian tanpa teman walaupun ramai yang memilih untuk tapau dan makan di rumah bersendirian. Jangan risau untuk makan seorang diri, anda cuma perlu ada keyakinan sahaja tak nak makan seorang diri.


Tapi bila dah lapar sangat dan keadaan terpaksa, tak akan nak tunggu rakan-rakan pula. Ini tips buat anda untuk selesa makan seorang diri.

1. Abaikan apa yang orang fikir.

Bila anda terlalu fikirkan apa yang orang lain fikir, anda akan berdepan dengan masalah keyakinan diri anda. Biasanya orang sudah tidak kisah pun, tapi bila anda terlalu memikirannya itu yang jadi macam tak boleh nak buat. Jangan nak fikir sangat mengenai ‘forever alone’ ke apa, yakin je dekat diri sendiri.



2. Cari cafe atau restoran yang tak ramai orang.

Kalau anda memilih tempat yang ramai orang, mungkin anda akan rasa kejanggalan ataupun rasa diperhatikan. Akan tetapi, jika anda pilih tempat yang kurang orang anda akan lebih selesa untuk menikmati hidangan anda walaupun bersendirian.

3. Elak pergi waktu puncak.

Paling penting, jangan pergi waktu punca seperti makan tengah hari, sarapan pagi ataupun makan malam. Ini kerana, orang akan lebih ramai pada waktu itu. Tapi kalau anda tidak boleh elak waktu ini, boleh ikut tips no 2 tadi.



4. Pilih meja yang agak tersorok sikit.

Nak rasa selesa dan elak menjadi perhatian, pilihlah meja yang agak tersorok sikit. Biasanya di kawasan bucu atau dinding. Jangan pula anda pilih di bahagian tengah yang sememangnya akan menajdi perhatian orang masuk ke dalam kedai tersebut.



5. Layan telefon, majalah atau buku.

Nak hilangkan rasa sunyi dan juga kekok, anda juga digalakkan untuk melayani telefon bimbit, membaca buku atau majalah. Perkara ini tidak akan membuat anda rasa kekok ataupun terburu-buru menghabiskan makanan anda. Malah ia juga membuat anda seperti ada seorang teman.

6. Pilih makanan yang ringkas.

Bila dah makan seorang diri ini, pilihlah makanan yang ringkas. Jangan pilih makanan seperti anda akan makan lebih dari seorang, itu memang mengudang pandangan orang. Pilih yang sesuai dengan anda yang bersendirian.

Jangan bimbang untuk makan bersendirian, cuba untuk yakin dengan diri sendiri. Bila yakin tak ada masalah pun nak buat sorang-orang.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 526,882 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen