Lelaki Mudah Tergugat Jika Gaji Pasangan Lebih Banyak Berbanding Dirinya - Kajian.

 

Menjadi lelaki ini tidak mudah, nak-nak lagi bila terpaksa berkerja keras untuk memberi keselesaan kepada keluarganya. Bukan itu sahaja, mereka ini juga bertanggungjawab memberi pelindungan buat keluarganya. Sebab itu ramai lelaki yang akan membanting tulang siang malam demi sesuap nasi.

Tapi kini, boleh dikatakan rata-rata pasangan suami isteri akan sama-sama berkerja demi menambah pendapatan sekaligus memberi keselesaan hidup buat keluarga mereka.


Walaupun suami sebagai ketua keluarga yang perlu memberi nafkah, pelindungan, pakaian serta makan dan minum tetapi dengan bantuan isteri yang berkerja ini sangat meringankan sedikit beban suami malah memberi keselesaan yang lebih baik dalam keluarga.

Namun tahukah anda, terdapat satu kajian yang diterbitkan oleh SAGE Journal dimana suami akan berasa sangat stress dan tertekan andai isteri mempunyai pendapatan gaji melebihi pendapatannya?



Kajian tersebut juga menunjukkan suami akan kurang stress jika isteri bekerja dan pendapatan mereka dalam 40% keseluruhan pendapatan keluarga. Misalnya, gaji suami RM3,000 manakala gaji isteri RM2,000.

Walaubagaimana pun, suami akan berasa kurang selesa andai pendapatan isteri lebih daripada 40% gajinya. Misalnya, gaji suami RM3,000 dan gaji isteri juga RM3,000.

Keadaan bertambah gelisah dan tertekan jika seluruh pendapatan keluarga bergantung sepenuhnya kepada pendapatan si isteri.

Dan ini menjadi punca mungkin kenapa lelaki kurang gemar mencari pasangan yang mempunyai pendapatan lebih tinggi daripada mereka.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,482 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen