Jangan Terus 'Setuju' Bila Dapat Lamaran. Ini Faedah Melihat Calon Pasangan Sebelum Berkahwin.

 

Ada orang yang mendapat jodohnya sejak di bangku sekolah lagi, di mana mereka bercinta bertahun-tahun, kenal hati budi malah keluarga juga kenal antara satu sama lain. Itu yang selalu sangat kita dengar dan lihat berlaku pada zaman ini.

Kalau dulu, ibu bapa yang akan mencarikan jodoh buat anak-anak mereka atau terdapat lamaran si jejaka yang berkenan pada si gadis dengan kaedah merisik. Bukan zaman dulu sahaja, zaman sekarang juga masih ada cuma, kes-kes seperti ini adalah kes yang agak unik sedikit.


Jika anda tergolong dalam kategori ini seperti jodoh pilihan ibu bapa, tiba-tiba mendapat pinangan ataupun berkenalan di media sosial lalu ingin mendirikan rumahtangga bersama, jangan membuat keputusan untuk terus terima si dia. Sebelum terima, adalah lebih baik kalau anda membuat perjumpaan dahulu dengan dirinya.



Berkenalan dari media sosial, laman cari jodoh ataupun dari mulut orang-orang tidak akan sama dengan anda berjumpa sendiri dengan dirinya. Kenal dan dengar sendiri siapa sia dia itu. Demi mengelakkan perkara yang tidak diingini juga, melihat dan berjumpa calon pasangan sebelum berkahwin ini banyak faedahnya.

10 faedah melihat calon pasangan sebelum bernikah

Apakah sebenarnya manfaat yang boleh diperoleh dengan cara melihat pasangan sebelum bernikah ini? Jika nak tahu, boleh baca semua info di bawah ini sebagai bantuan dalam menetapkan hati dalam misi penceraian bakal pasangan. Jom kita mentelaah bersama!

1. Mewujudkan rasa cinta

Walaupun belum saling mengenali, sekiranya berpeluang untuk melihat calon pasangan, rasa cinta mungkin dapat diwujudkan di antara lelaki dan wanita yang bakal dikahwinkan. Rasa cinta perlu ada untuk memastikan hubungan suami isteri yang bakal dijalinkan akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dengan izin Allah.

2. Membina keserasian

Untuk memastikan hubungan suami isteri yang bakal dibina sentiasa harmoni, keserasian perlu ada di antara pasangan. Jadi dengan melihat dahulu calon pasangan, mungkin dapat membina keserasian dengan diadakan sesi perkenalan di antara lelaki dan wanita tersebut.



3. Mengelakkan kekecewaan

Selalunya, jika pasangan adalah pilihan ibu bapa, lelaki dan wanita yang akan dinikahkan ini mungkin tak pernah melihat wajah masing-masing. Jadi dengan adanya sesi taaruf atau bertemu, mungkin dapat mengelakkan berlakunya kekecewaan dalam diri masing-masing jika pasangan yang bakal dijodohkan kurang menepati ciri-ciri fizikal dan luaran idaman hati.

4. Mengenali hati budi

Melalui proses melihat terlebih dahulu calon pasangan, lelaki dan wanita yang akan bernikah mungkin dapat mengenali serba sedikit hati budi pasangan yang bakal jadi teman sehidup semati. Dengan mengenali hati budi begini, dapatlah membina keserasian dan mewujudkan rasa cinta di antara lelaki dan wanita yang akan dinikahkan.



5. Dapat berkenalan dengan keluarga

Apabila berpeluang bertemu mata dengan calon pasangan, lelaki dan wanita yang bakal dinikahkan juga dapat berkenalan dengan dengan ahli keluarga pasangan secara tidak langsung. Mengenali ahli keluarga calon pasangan juga merupakan perkara penting untuk memastikan hubungan kekeluargaan yang bakal terjalin menjadi mesra.

6. Memupuk kepercayaan

Bagaimana hendak bina rasa percaya kalau tidak pernah melihat calon pasangan yang akan menjadi sebahagian dalam hidup kita kan? Jadi, inilah salah satu faedah yang kita akan dapat kalau berpeluang untuk melihat calon pasangan terlebih dahulu. Rasa percaya mungkin dapat dipupuk apabila dapat melihat sendiri tingkah laku bakal pasangan bila berhadapan dengan kita.

7. Menjauhkan rasa tidak puas hati

Bila calon pasangan yang bakal menjadi ‘housemate’ kita ditentukan oleh ibu bapa, mungkin akan timbul rasa tidak puas hati pada diri kita. Jadi untuk menjauhkan rasa tidak puas hati terhadap pilihan ibu bapa, mungkin dengan melihat sendiri calon pasangan akan dapat mengelakkan perkara ini berlaku.



8. Dapat mengetahui latar belakang bakal pasangan

Kebiasaanya, bila calon pasangan dicari oleh pihak lain, kita tidak mengetahui latar belakang lelaki atau wanita tersebut secara terperinci. Jadi dengan melihat sendiri calon pasangan secara bertentang mata, dapat berbicara dan berkenalan, mungkin kita akan dapat mengenali serba sedikit latar belakang calon pasangan seperti pendidikan, pekerjaan, minat, dan sebagainya. Ini salah satu faktor yang penting dalam pemilihan calon pasangan sebenarnya.

9. Memberi ruang untuk berfikir sebelum membuat keputusan

Apabila kita diberi peluang untuk melihat dulu calon pasangan, ini dapat memberikan kita ruang untuk berfikir sedalamnya sebelum membuat keputusan untuk meneruskan hubungan ke status suami isteri. Perbincangan hati ke hati juga dapat dibuat samada kedua-duanya redha dan bersetuju untuk dinikahkan. Ini penting untuk memastikan ‘masjid’ yang dibina dapat kekal dan bahagia sehingga hujung nyawa.

10. Memastikan calon pasangan menepati ciri idaman hati

Salah satu yang penting dalam pemilihan calon pasangan ialah mereka menepati ciri idaman hati kita. Jadi dengan melihat sendiri calon pasangan boleh memastikan perkara ini dengan lebih jelas. Terutamanya dari segi fizikal dan luaran yang boleh dilihat dengan mata kasar.



Ada Hadis Yang Turut Menceritakan Tentang Perkara Ini

Dalam suatu hadis daripada Abu Hurairah R.A, beliau menceritakan bahawa ada seseorang telah menyampaikan kepada Rasulullah S.A.W. bahawa dirinya telah berkahwin dengan seorang wanita Ansar. Rasulullah S.A.W. kemudian bertanya:

“Adakah kamu telah melihatnya?”

Jawab pemuda itu, “belum.”

Kemudian Rasulullah S.A.W. menyarankan, “lihatlah calon isterimu, kerana di bahagian mata orang Ansar ada sesuatu.”
(Hadis Riwayat Muslim : 3550)

Daripada hadis di atas, jelaslah kepada kita bahawa Rasulullah S.A.W. sangat menyarankan kepada pasangan yang ingin berkahwin untuk melihat wajah bakal isterinya. Tujuan melihat adalah supaya diberi rasa ketenangan dan kedamaian jiwa untuk meneruskan perkahwinan.

Dalam satu hadis yang lain, Rasulullah S.A.W. telah bersabda kepada Mughirah bin Syu’bah sewaktu dia berazam untuk meminang seorang wanita:

“Lihatlah perempuan itu semoga ia akan mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua”
(Hadis Riwayat Tirmizi dan beliau mengatakan hadis ini hasan dalam kitab nikah, bab hadis-hadis berkaitan dengan melihat tunang no. 1087)

Wanita juga berhak untuk melihat lelaki jika dia ingin berkahwin dengan lelaki tersebut supaya dia boleh melihat keadaannya dengan lebih jelas agar tidak menyesal selepas berkahwin. Seperti halnya lelaki, perempuan juga tertarik dengan beberapa sifat seseorang lelaki sebagaimana lelaki tertarik dengan beberapa sifat seseorang perempuan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,490 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen