Benarkah Lelaki Hanya Memandang Wanita Daripada Sudut Fizikal Sahaja.

 

Adakah benar lelaki memang cuma suka wanita kerana kecantikan sahaja? Membaca ayat pertama ini sahaja sudah membuatkan ramai wanita tertanya-tanya apakah benar lelaki hanya memandang wanita daripada segi fizikal sahaja. Apakah yang pertama kali dinilai seorang lelaki saat melihat seorang wanita? Benarkah para lelaki hanya ‘peduli’ tentang penampilan fizikal semata-mata? Secara realitinya memang seorang lelaki adalah makhluk yang bersifat visual. Saat baharu berkenalan pertama kali dengan seorang wanita, pada lima minit awal, seorang lelaki akan menilai kecantikan fizikal wanita daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki. Namun tidak dinafikan bahawa tidak semua lelaki menilai wanita daripada sudut fizikalnya sahaja. Untuk dijadikan pendamping hidup, seorang lelaki juga mempertimbangkan berbagai hal seperti berikut ini:



Keserasian.

Keserasian merupakan faktor utama sebelum seseorang lelaki memilih calon pasangan hidup. Jika seseorang lelaki itu sedar berasa serasi dengan seseorang wanita maka dia tidak akan sekali-kali memandang wanita lain sekalipun wanita yang disukainya itu berstatus janda. Jika seorang lelaki itu sudah ‘berkenan’ mereka tidak akan ambil peduli tentang kisah lalu seorang wanita yang berjaya menambat hati mereka.

Sedap mata memandang.

Rupa paras tetap menjadi kategori yang tersenarai dalam pemilihan calon hidup oleh seorang lelaki. Kecantikan itu memang sesuatu yang subjektif namun tidak dapat disangkal seorang lelaki tertarik pada rupa paras seorang wanita. Mungkin pada pandangan orang lain seseorang wanita itu tidak cantik mana namun pada pandangan mereka, wanita itulah yang telah membuatkan hatinya berdetak kencang.



Agama.

Kategori ini juga antara perkara penting yang diambil kira oleh seorang lelaki dalam memilih calon isteri. Ini kerana agama juga menjadi isu penting dalam membina sesuatu hubungan. Jika ingin menuju bahtera yang bahagia dan kekal hingga ke syurga, soal agama sangat memainkan peranan. Ia merupakan kunci kerukunan rumahtangga.

Akhlak dan keperibadian.

Lelaki yang baik, jelas akan mencari wanita yang baik juga. Begitu jugalah sebaliknya kadangkala kekurangan fizikal akan tertutup dengan akhlak dan keperibadian yang baik. Wajah yang cantik sahaja tidak menjamin kebahagiaan dalam sesebuah rumahtangga jika tidak disertai dengan akhlak dan keperibadian yang mulia.

Sifat.

Seorang lelaki akan lebih mudah jatuh cinta pada wanita yang bersifat baik dan murah hati. Fizikal dan kecantikan akan jadi pilihan yang nombor dua jika sudah jatuh hati dengan si inner beauty. Hidup berumah tangga bukan sehari dua. Jika boleh biarlah sehingga nafas yang terakhir.

Oleh itu pada para wanita, usah terlalu khuatir dan prejudis dengan kaum lelaki. Tidak semua lelaki hanya memilih pasangan hidup daripada sudut fizikal sahaja. Ini kerana kecantikan sahaja tidak menjamin kebahagiaan yang hakiki.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,602 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen