Jangan Lama Sangat Simpan Rasa Kecewa, Kena Move On Segera. Kebahagiaan Sedang Menanti Anda!

 

Putus cinta ini memang bukan satu perkara yang mudah. Disaat anda betul-betul menyayangi dirinya tetapi terpaksa mengundurkan diri kerana sebab-sebab tertentu, pasti mengambil masa yang agak lama untuk pulihkan hati yang terluka itu. Berdepan dengan hubungan yang tidak berakhir dengan baik ini bukanlah satu perkara yang mudah.

Ada orang dia mampu menyembuhkan luka dihati dengan sekejap dan ada pula yang mengambil masa berbulan malah ada yang bertahun. Semuanya bergantung pada kekuatan diri masing-masinglah. Berdasarkan buku How to Fix a Broken Heart, Guy Winch, telah memberikan sejumlah tips untuk seseorang move on dengan lebih mudah.


Ia juga menjelaskan bahawa, menangis atau meratapi perpisahan yang berlaku itu semua bergantung kepada diri kita sendiri. Nak pilih paling cepat move on atau nak tunggu bertahun baru move on. Tapi kalau anda nak cepat move on, ini tips yang sesuai buat anda.



1. Terima dengan hati terbuka.

Petua penting dari Winch adalah kita perlu cuba menerima dengan hati yang terbuka. Tak perlu merasak kecewa dengan setiap kenangan indah yang kalian cipta bersama. Sudah tiba masanya anda lepaskan segalanya dan tahu bahawa kenangan seperti itu tak akan berulang kembali. Anda perlu sedar bahawa hubungan seperti itu telah berakhir dan perlu terima dengan hati yang ikhlas.

2. Stop follow media sosial bekas kekasih anda.

Berhenti obses dengan media sosial bekas kekasih anda. Anda sepatutnya melakukan aktiviti luar yang lebih menarik berbanding scroll media sosial bekas kekeasih anda setiap hari. Berhenti follow si dia akan membantu anda lebih tenang dan juga aman. Tidak perlulah anda mempunyai ingin tahu apa yang si dia lakukan serta siapa pasangan barunya.



3. Tiba masa untuk buang semua barang kenangan.

Ini sangat penting! Buang segala barang yang diberi atau berkaitan kenangan dengan dirinya. Jangan simpan kerana ia akan membuatkan anda mengingati dirinya malah hanya membuatkan anda kembali sedih. Lebih baik kalau tak nampak barang yang berkaitan dengan dirinya.

4. No ‘drama’.

Berhenti untuk cuba tarik perhatian dia agar kembali memujuk anda. Tidak perlu terangkan siapa yang salah dalam hubungan, tak perlu minta maaf dan tak perlu lakukan apa-apa. Berhenti dari melakukan segala perkara yang dapat menarik perhatian dirinya. Buat haluan anda sendiri dan jangan berkait dengan dirinya lagi.

Untuk hilangkan kesedihan anda kerana hubungan seperti ini memang perlukan masa dan proses. Semoga anda mampu bertahan saat-saat ini kerana kebahagiaan sedang menanti dan memanggil anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 533,398 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen