Jangan Bandingkan Hidup Kita Dengan Orang Lain, Nak-Nak Lagi Dalam Perkahwinan.

 

Hidup setiap orang sudah tentulah berbeza. Ada yang menikmati kesenangan, ada pula yang susah-susah dulu baru dapat rasa senangnya. Tidak ada hidup yang akan sama sahaja. Sebab itulah, kadang kita dapat yang macam ini, orang lain pula dapat yang lain.

Namun, walaupun hidup kita ini berbeza dengan orang lain, jangan pula kita cuba membandingkan hidup kita dengan mereka. Jika kita terlalu cuba membandingkan hidup dengan mereka yang kita lihat lebih ini, sakit hati dan makan hati diri sendiri yang rasa.


Bersyukur dengan apa yang anda ada berbanding terus menerus membandingkan hidup anda dengan orang lain. Lebih-lebih lagi akan 5 perkara ini.



1. Jodoh.

Ada orang dia akan bertemu jodohnya awal, ada pula yang lambat sedikit. Tidak kisahlah yang datang awal atau lambat, yang penting pasangan anda itu memberi layanan yang baik pada diri anda. Bahkan memberi kasih sayang yang secukupnya pada diri anda. Jadi jangan kisah akan siapa kahwin cepat atau lambat, sebabnya masing-masingkan ada jodohnya sendiri.

2. Majlis perkahwinan.

Bila kita terlalu ingin membandingkan diri kita dengan orang lain, ia sebenarnya hanya membebankan sahaja. Di mana, anda mungkin merasakan perlu membuat majlis yang meriah agar diingati orang, malah kalau boleh lagi meriah dari orang lain. Akan tetapi, anda terpaksa berhutang sana sini, sehingga selepas ada anak 3 pun belum tentu hutang tersebut selesai. Sanggup ke nak berdepan dengan perkara itu?



3. Pasangan.

Mungkin ada orang akan dapat pasangan yang baik, jaga rupa paras, selalu manjakan pasangan dan macam-macam lagi tetapi pasangan anda pula sebaliknya. Adalah seeloknya anda bersyukur dengan jodoh yang anda, walaupun dia tak ada rupa paras, pangkat yang tinggi atau sifat yang romantik tapi dia tahu tanggungjawab dan sayang akan anda kan sudah cukup.



4. Keselesaan hidup.

Ada orang dia dapat apa yang dia mahu, setiap yang dia mahukan akan diberikan oleh pasangannya. Ada orang hidup sekadar cukup makan sahaja. Akan tetapi, itu tidak bermakna anda perlu bandingkan hidup anda dengan orang lain. Kalau anda ada tempat berteduh, ada pasangan yang berusaha keras membanting tulang untuk keselesaan hidup itu pun patut disyukuri.

5. Anak-anak.

Bab rezeki anak-anak ini pun jangan terlalu bandingkan dengan orang lain. Tidak kiralah anda memiliki ramai anak ataupun tidak, tentu ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua itu. Jadi bersyukur sahaja dengan apa yang ada dan nikmati ini.

Hidup ini kalau terus menerus membandingkan antara satu sama lain, perit dan makan hati diri sendiri yang rasa. Lebih baik bersyukur dan nikmati segala yang anda miliki sekarang ini. Boleh jadi apa yang anda miliki sekarang ini adalah yang terbaik buat anda berbanding yang tiada.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,482 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen