Bukan Majlis Kahwin Yang Akan Anda Fikirkan, Tapi Ini 5 Perkara Lain Yang Menunjukkan Anda Bersedia Nak Kahwin.

 

Bercinta lama-lama tapi tak berakhir dengan perkahwinan pun tak guna juga. Baik rasa dah bersedia barulah mula cari pasangan nak berkahwin dan juga dirikan rumahtangga. Akan tetapi, itu pun bukan satu perkara yang mudah. Mana tahu bila anda dah bersedia tiba-tiba umur sudah meningkat. Pada masa itu pilihan pun dah tak ramai.

Sebenarnya, nak kata bersedia untuk mendirikan rumahtangga dan menghalalkan hubungan ini tersangatlah subjektif. Di mana, ada orang anggap kalau anda dah ada kewangan yang stabil baru boleh kahwin, dah bersedia mental dan fizikal baru boleh kahwin. Tapi itu pun tak juga.


Nak tahu yang kita ini macam dah sedia nak kahwin apabila anda mula memikirkan beberapa perkara dalam kitaran rumahtangga anda. Seperti yang di bawah ini.



1. Kerjasama dalam rumahtangga.

Dalam rumahtangga ini, anda perlu bina team yang kukuh untuk pastikan rumahtangga kuat serta sukar retak. Bukan mental dan fizikal sahaja, akan tetapi kerjasama anda dan juga pasangan anda. Bermula dari memberi sokongan, kerja rumah, kewangan serta kesihatan. Bila anda kerjasama, kalian akan menjadi kuat.

Kiranya kalau anda sudah bersedia memberi kerjasama yang baik pada pasangan anda atau orang lain, itu tandanya anda sudah terima kehadiran orang lain dalam hidup anda. Bukan pentingkan ego lagi dah.

2. Mula mendekatkan diri dengan Allah, agar mudah mendidik pasangan kelak.

Rumahtangga akan kosong tapi iman dan agama di dalamnya. Tidak kiralah semewah mana pun anda, bila tiada agama dan iman di dalamnya anda akan tetapi rasa kosong. Sebab itulah, sedikit sebanyak anda perlu ada pegangan agama walaupun sekadar cukup solat 5 waktu sahaja. Barulah anda dan pasangan boleh saling membimbing antara satu sama lain nanti.



3. Kerja yang tetap, sebab lepas kahwin ada tanggungjawab yang akan dipikul.

Walaupun bukan kerja yang berpangkat tinggi tetapi anda memikirkan ingin memiliki kerja yang tetap demi masa depan anda dan juga keluarga. Itu sebenarnya rasa tanggungjawab sudah timbul dalam diri anda. Di mana, anda mahu keluarga anda selesa dan memiliki pelindungan. Bukan ke itu satu rasa tanggungjawab?



4. Simpanan buat masa depan, terutama masa depan anak-anak.

Simpanan bukannya digunakan untuk melancong, membeli barang yang anda mahukan atau apa-apa kehendak yang anda inginkan. Anda melakukan simpanan kerana terfikir ingin membeli rumah, ingin masa depan yang cerah serta untuk anak-anak anda juga. Jika anda sudah berfikiran bahawa simpanan ini penting untuk kemudian hari, itu tandanya anda sudah matang dengan diri anda sendiri.

5. Berkongsi segala rahsia, selepas ini nak berkongsi hidup.

Ada orang tidak mahu telefon bimbitnya diusik, atau ruang tidurnya dicerobohi orang, tetapi jika anda sudah bersedia untuk terima sesiapa yang masuk ruang tidur anda atau menggunakan telefon bimbit anda tanpa was-was, ketahuilah bahawa anda sudah bersedia untuk berkongsi rahsia dengan pasangan anda kelak.

Kadang kala, rasa bersedia untuk berkahwin itu bukan dengan rasa-rasa sahaja. Akan tetapi pemikiran dan cara kita fikir pun sebenarnya akan membantu persediaan anda untuk berkahwin.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,502 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen