Jangan Kecewa Kalau Bertemu Dengan Orang Yang Salah, Ada Yang Tepat Sedang Menanti Anda.

 

Jodoh dan pertemuan itu adalah rahsia Allah yang tiada siapa dapat meneka atau mengetahuinya. Boleh jadi hari ini anda gembira dengan si dia, tetapi esok lusa dialah yang akan membuat anda menangis teresak-esak kerana dikecewakan. Itulah perjalanan yang mungkin perlu anda hadapi kerana anda tidak tahu dia itu jodoh yang anda nantikan selama ini atau sebaliknya.



Jodoh adalah aturan Allah yang sangat cantik. Ada orang akan merasai pertemuan dan ada juga yang merasai perpisahan, akan tetapi disebalik semua itu, pasti ada saat yang membahagiakan diri anda. Jangan mengeluh bila hubungan tak menjadi, jangan kecewa bila berlakunya perpisahan, itu semua ujian sebelum jumpa yang benar-benar tepat buat diri anda.


Setiap manusia inikan diciptakan berpasang-pasangan. Seperti surah al-Dhariyat ayat 49 yang bermaksud: “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati akan kebesaran Allah.”

Mungkin hari ini anda dilukai dan disakiti, jangan begitu sedih. Ia bukanya pengakiran buta diri anda. Anda tidak hilang segalanya, anda masih ada rakan-rakan dan juga keluarga yang menyayangi anda. Terus bangkit dan melangkah untuk menikmati hidup anda bersama mereka yang menyayangi anda, yang pergi dan tidak mahu di sisi anda, biarkan dia membawa haluannya.



Anda kecewa dan menangis kerana bertemu pasangan yang salah, jangan terlalu mengikutkan hati yang kecewa itu sangat. Cuba untuk berfikiran positif, apa yang anda lalui itu adalah pengalaman yang mematangkan dan mendewasakan diri anda. Tidak semua orang berperluang merasai pengalaman sebegitu.

Bersangka baiklah dengan aturan yang Allah rencanakan buat diri anda. Segala aturanNya itu pasti tertulis hikmah disebalik apa yang anda rasakan sekarang. Mungkin sekarang ini anda tidak dapat melihatnya lagi, tapi bila waktunya tiba tentu anda dapat merasainya.



Seperti dalam surah Al-Imran ayat 54: “Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan Allah sebaik-baik Perancang”

Jadi untuk apa anda merasa kecewa yang begitu lama bila berjumpa dengan orang yang salah, sebaliknya bergembira dan bersyukurlah bahawa anda akan dipertemukan dengan orang yang lebih baik dari dia yang lalu. Percayalah, selepas yang salah tentu akan hadir yang terbaik buat diri anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,603 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen