Nak Merisik Gadis Idaman Anda, Apa Yang Perlu Anda Bawa. Tak Akan Nak Datang Berlenggang Pulak.

 

Apabila berkenan dengan seorang gadis, tentu sahaja malu untuk luahkan terus pada dirinya bahawa anda meminatinya malah menginginkan dirinya untuk menjadi pasangan hidup anda. Lama anda perhatikan dirinya, malah mengenai dirinya sedikit sebanyak telah memikat hati anda.

Mengikut adat sebagai orang melayu, tentu bukan lamaran secara terus yang anda perlu dilakukan. Akan tetapi adalah merisik si gadis yang berwakilkan ibu bapa sebagai permulaan untuk ketahui status serta persetujuan dari si gadis.


Nak pergi merisik ini bukan boleh datang dengan tangan kosong, nak-nak lagi kita ini sebagai orang melayu yang penuh dengan adat. Sebagai tanda tanya dari pihak lelaki berkenaan status perempuan yang ingin di sunting, pihak lelaki perlulah memastikan barang merisik berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:

• Cincin belah rotan.
Cincin ini adalah bertujuan sebagai tanda penerimaan dan persetujuan si gadis terhadap si jejaka. Jika si gadis bersetuju, maka cincin ini akan diberikan kepadanya sebagai tanda bahawa mereka ini akan ke langkah yang seterusnya iaitu pertunangan.

• Baju sepasang atau kain.

• Tepak sirih.

• Buah-buahan.



Biasanya merisik ini akan bawa perkara yang simple-simple sahaja, malah barang pun tak perlu banyak-banyak. Yang banyak dan berdulang-dulang adalah waktu nak bertunang nanti.

Apa yang paling penting;

• Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. Biasanya ibu bapa serta bapa saudara. Yang lebih tua dan arif akan perkara ini.

• Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.

• Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.

• Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.

• Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,669 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen