Eh, Tiba-Tiba Macam Perang Dingin Pula. Ini Sebab Mengapa Lelaki Menjauhi Anda.

 

Perang dingin sememangnya mudah berlaku dalam hubungan, akan tetapi jika ada keserasian bersama tentu tidak ada masalah untuk tanganinya. Akan tetapi yang menjadi masalah apabila, sudahlah perang dingin tetapi pasangan pula semakin menjauh. Itu yang membuatkan ramai yang terpingga-pingga, nak-nak lagi kaum hawa.

Wanita ini, apabila dalam satu tempoh perkenalan atau hubungan, mereka mesti akan bersungguh-sungguh berikan sepenuh usaha dan juga fokus kepada hubungan mereka. Sebab itu kadang kala mereka ini terover sedikit ataupun ter ‘lost control’.


Buat wanita, ini sebab mengapa lelaki tiba-tiba menjauh dari anda.

1. Tak ready lagi.

Boleh jadi semakin lama hubungan kalian ke arah serius, dia semakin takut dengannya. Mana tidaknya dia masih belum ready lagi untuk ke fasa seterusnya. Sebab itulah dia menjauhkan anda. Jika berdepan dengan perkara ini, anda jangan memaksa tetapi beri ruang dan masa.



2. Malas nak fikir langkah seterusnya.

Bila anda terlalu mendesaknya untuk berkahwin, boleh jadi dia tak selesa. Dia malas untuk fikir akan langkah seterusnya, itu yang dia membuat keputusan untuk jauhkan diri. Orang lelaki ini perlu persediaan kalau nak kahwin, jika dia masih belum ke arah itu maka dia akan menjauhkan diri dari anda.

3. Nak habiskan banyak waktu untuk diri sendiri.

Boleh jadi juga dia merasakan dia tiada masa untuk dirinya kerana sibuk melayani anda. Jadi dia perlukan masa untuk habiskan waktu buat dirinya sendiri seperti bermain game, lepak bersama rakannya ataupun tidur sepanjang hari. Mana tahu selepas ini dia akan cari anda semula.



4. Dia fikir anda berubah.

Anda fikir dia berubah dan menjauh, tapi dia pula sebaliknya. Sebab itu pentingnya komunikasi dalam hubungan, kalau sama-sama biarkan memang hubungan akan tergantung macam itu sahaja. Jadi bila rasa dia makin jauh atau apa, lakukan perbincangan agar dapat selesaikan bersama.

5. Dia rasa anda bukan orang yang tepat buat dirinya.

Apabila seseorang memikirkan bahawa anda bukan jodoh buat dirinya, tentu sahaja dia perlu undur diri dari terus memberi harapan buat anda. Kadang kala lelaki tidak mahu luahkan tetapi dia suka lakukan dengan tindakan, jadi anda pula perlu ringankan mulut untuk bertanya.

Rasa dingin dan menjauh ini lumrah dalam hubungan, cuba kadang kala kita yang tak tahu silap dan puncanya. Tapi gunakan komunikasi sebagai cara untuk menyelesaikannya. Itu lebih baik sebenaranya dari buat kesimpulan sendiri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,000 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen