Sebelum Percaya Si Dia Dengan Lebih Dalam, Ini 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Dulu.

 

Perkahwinan ini sebenarnya mudah sahaja tetapi yang menyukarkannya adalah mencari seorang yang tepat untuk dijadikan pasangan anda. Bukan sahaja tepat, tetapi sesuai dengan diri anda. Sebab itu, anda akan saling berganti kenalan dan juga pasangan apabila belum jumpa yang betul-betul sesuai.

Kalau dalam hubungan, kesetiaan, tolak ansur serta rasa tanggungjawab itu tersangatlah penting. Namun, jika anda baru memulakan langkah pertama iaitu perkenalan, untuk serasi, selesa dan mempercayainya adalah satu perkara yang agak rumit.


Dalam tempoh ini, jangan terlalu mudah percaya akan kata-kata seseorang yang baru anda kenal. Di mana, anda perlu tahu beberapa perkara dahulu barulah anda boleh percaya akan dirinya.



1. Status si dia.

Untuk mengelakkan salah faham serta kekeliruan, maka anda perlu tahu akan status sebenar dirinya. Adakah dia masih bujang, berkahwin, ataupun baru berpisah. Jika anda sudah yakin dan pasti akan status sebenarnya, barulah anda boleh teruskan hubungan dengannya. Jika tidaknya, ia mungkin akan mendatangkan salah faham atau masalah dikemudian hari.

2. Berapa lama dia menjadi bujang.

Berkenalan dengan seseorang yang baru menjadi bujang atau sudah lama bujang ini ada bezanya. Bila sudah lama, dia sudah melupakan segala kisah cinta yang lalu dan bersedia membuka kisah yang baru dengan anda. Akan tetapi, jika dia ini masih baru putus cinta lalu berkenalan dengan anda, dia mungkin hanya ingin hilangkan kesunyian yang dia rasai.



3. Apa perkerjaan dia.

Apabila anda berkenalan dengan seseorang dengan tujuan untuk berkahwin dengan dirinya, maka anda kena tahu apa perkerjaan dirinya. Adakah dia seorang yang miliki kerja yang tetap ataupun tidak. Ini kerana, orang yang memiliki kerja yang tetap sentiasa memikirkan masa depannya. Jadi, bila kalian bersama tentu dia akan memikirkan masa depan kalian.



4. Hubungan dengan keluarganya.

Kalian mungkin akan membina keluarga bersama, maka dengan itu hubungan dia dengan keluarganya adalah penting. Ini kerana, dia akan menjadi contoh serta mendidik anak-anak kalian. Sebab itu lah hubungan kekeluargaan itu penting, bila hubungan yang baik maka anak-anak pun akan berada dalam situasi yang baik.

5. Jika dia pernah bercerai, tahu akan berapa ramai anaknya.

Mungkin akan ada yang berkenalan dengan orang bujang ataupun dengan mereka yang pernah berkahwin lalu berpisah. Jika anda berjumpa dengan seseorang seperti ini, ketahui dahulu berapa ramai anaknya, bagaimana hubungan dia bersama pasangan dulu serta siapa yang menjaga anak-anaknya itu. Ini kerana, kesefaham dalam perkara sebegini amat penting lagi-lagi kalau anda masih bujang.

Jangan mudah percaya akan seseorang ketika dalam tempoh perkenalan. Anda kena betul-betul kenal pasangan barulah boleh percaya dia itu siapa sebenarnya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,669 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen