Hati Lelaki Ini Sensitif Terhadap Wanita Yang Tak Hormat Dia. Nak Jadi Isteri Taat, Kenalah Hormat Suami.

 

Dalam rumahtangga, tak akan lari dari salah faham dan juga pertengkaran. Namun sebagai pasangan suami isteri tentu sahaja perlu lebih rasional dalam menyelesaikan masalah dan bukannya menyiram minyak di dalam api yang sedang marak. Sebab itulah antara suami dan isteri kena bijak mainkan peranan bukannya ikutkan emosi yang diluar kawalan.

Jika wanita terlalu ikutkan emosi, dia mungkin akan menguji ego lelaki. Ego seorang lelaki memang mudah tercabar dan juga terbangkit, walaupun dengan insan yang mereka sayangi. Sebab itulah, jangan sekali bangkitkan ego mereka.



Dalam perkahwinan ini, seorang isteri sentiasa dahagakan kasih sayang dan juga perhatian dari suaminya. Manakala, seorang suami hanya mahu dihormati isteri yang dia sayangi. Apabila seorang lelaki rasa dia dihormati, maka kasih sayang dalam keluarganya itu akan semakin mengembang dan membahagiakan. Akan tetapi, jika dia tidak dihormati, egonya akan tercabar.


Ramai isteri hаrі іnі yang menghabiskan banyak mаѕа dаn tenaga untuk mеmаѕtіkаn rumаh mеrеkа bersih, аnаk-аnаk mеrеkа ѕіhаt dan реnuhі реlbаgаі lagi tugas lаіn. Tapi bіlа mеrеkа luра untuk mеnunjukkаn rаѕа hormat раdа ѕuаmі, si ѕuаmі аkаn nаmраk ѕереrtі tаk mеnghаrgаі ѕеgаlа реngоrbаnаn si іѕtеrі.

Walaupun suami tidak meluahkan melalui kata-kata atau emosi mereka, tetapi sebagai isteri anda seharusnya tahu bahawa anda perlu menghormati suami anda, kerana dia adalah pembimbing serta pelindung buat anda sekeluarga.



Jangan terjerit-jerit apabila bercakap dengan suami. Nak-nak lagi jika anda meminggil dirinya. Gunakan nada yang lembut agar suami lebih segera memberi tindak balas yang baik terhadap panggilan anda. Akan tetapi apabila anda menjerit-jerit, tentu suami malas nak menyahut panggilan anda itu.

Jangan terlalu memberi arahan dan juga bersikap agersif dengan suami anda sendiri. Ini kerana, suami akan terluka dengan tindakan anda itu. Malah membuatkan ia seolah-olah tidak bernilai di mata anda. Sedangkan, dia suami yang memimpin serta membimbing keluarganya.

Jangan sindir suami dengan perkara lalu atau perkara yang tidak disenangi olehnya. Cuba untuk lupakan dan memaafkan segala kesilapan yang telah dia lakukan. Jika anda terus menerus mencucuknya dengan perkara sebegini, tentu dia rasa tidak dihormati dan akan rasa tercabar dengan setiap apa yang anda katakan kepada dirinya.



Jangan melawan atau membalas balik apa yang dia katakan. Cuba untuk menerima segala teguran dengan hati yang terbuka. Seorang suami biasanya mahu yang terbaik buat isteri dan anak-anaknya. Maka dengan itu teguran yang diberikan perlu diterima bukan dibalas dengan kata-kata yang melukakn hatinya.

Jangan ingin berlawan dengan menunjukkan siapa yang paling berkuasa di rumahtangga kalian. Walaupun anda isteri yang menguruskan rumah ataupun berpangkat tinggi, tetapi dia tetap suami yang perlu anda hormati.

Kelakuan-kelakuan seperti ini sebenarnya hanya mengeruhkan hubungan serta membuat seorang suami tawar hati dengan isterinya. Jika anda melakukan perkara seperti ini, maka segera meminta maaf kepada suami anda. Suami adalah ketua dan pemimpin keluarga, maka wajar sekali dia dihormati. Malah Islam sendiri mewajibkan seorang isteri menghormati dan mendahului suami dalam segala hal, selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Isteri hormat suami, itu kunci rumahtangga bahagia.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,662 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen