Jaga-Jaga, 10 Tanda Pasangan Anda Sembunyikan Sesuatu.

 

Setiap orang tentu mempunyai rahsia yang tersendiri. Bahkan tentu sahaja ada sebab-sebab tertentu mengapa dia tidak mahu berkongsi dan suka menyimpan sendirian. Akan tetapi, dalam hubungan kepercayaan itu tersangatlah penting, sebab itu perlunya komunikasi.

Tanpa komunikasi, tentu anda tak akan tahu apa yang disembunyikan oleh pasangan anda dalam diam. Akan tetapi bila terbongkar, boleh jadi akan menjadi masalah buat kalian. Namun, ada cara sebenarnya nak tahu adakah pasangan anda mempunyai rahsia ataupun tidak. Haaa... Jom ketahui tanda-tandanya.



1. Nada suara mereka berubah.

Jika anda mengesan perubahan dalam suara suara pasangan anda apabila mereka bercakap dengan anda, mereka mungkin berbohong kepada anda. Mereka juga membersihkan tekak mereka lebih kerap daripada biasa atau bernafas. Ini adalah tindak balas semula jadi dari tubuh mereka apabila mereka gelisah tentang sesuatu.

2. Elakkan pandangan mata.

Mata boleh mendedahkan banyak emosi, jadi jika pasangan anda terus menghindari pandangan anda, mungkin kerana mereka tidak mahu anda melihat apa yang ada di mata mereka. Anda mungkin mendapati ketakutan di mata mereka dan itulah sebabnya mereka cuba untuk tidak membuat hubungan mata dengan anda.


3. Termenung bersendirian.

Apabila dia mempunyai rahsia yang ingin dia sembunyikan dari anda, dia akan lebih banyak diam dan termenung di satu sudut. Kadang kala, bila bercakap dengan anda pun dia boleh termenung bersendirian. Ini tandanya, banyak perkara yang sedang bermain difikirannya.



4. Gelisah sama ada bersendirian atau bersama anda.

Dia akan merasa gelisah dan tidak tenteram apabila bersama anda atau bersendirian. Ini kerana, perkara tersebut begitu mengganggunya kerana tidak mahu anda tahu. Sebab itu dia akan sentiasa cuba mengalihkan perhatian anda dari terus memerhatikan dirinya.

5. Basah tubuh yang kaku.

Seseorang yang tidak mempunyai rahsia akan lebih bersahaja dan juga santai, berbanding mereka yang mempunyai rahsia. Bila seseorang ada rahsia, dia akan hadkan pergerakkan tubuhnya kerana bimbang diketahui oleh orang lain.

6. Wajah yang polos.

Untuk mengelirukan anda, dia akan bersedia dengan wajah yang polos agar anda tidak terus syak atau mendesak dirinya. Dia akan cuba mengekalkan wajah tersebut, kerana tidak mahu anda membaca riak wajah, serta ekspresi dengan mudah.



7. Kelip mata terlalu banyak dan kerap.

Berkelip terlalu banyak boleh menjadi tanda berbohong. Ia boleh jadi stres disebabkan berbohong dan, di bawah tekanan, akan menyebabkan kadar kelipan mata meningkat. Jadi, jika anda melihat pasangan anda berkelip lebih daripada biasa, mereka mungkin berbohong kepada anda.

8. Mereka menyerang anda dahulu.

Memiliki rasa bersalah akan membuatkan dia bertindak seperti ini. Dia tidak mahu anda melakukan perkara yang sama sebab itu dia mula menyerang dan menuduh anda. Bahkan ini juga cara dia sembunyikan rahsianya dengan lebih selamat.



9. Terlalu melindungi telefon bimbitnya.

Apabila seseorang mempunyai rahsia, dia akan lebih cenderung untuk sembunyikan sesuatu yang akan membongkarkan segalanya. Kebiasannya adalah telefon bimbit yang akan mendedahkan segalanya. Jika dia tidak membenarkan anda menyentuhnya, hati-hati mungkin ada yang dia sembunyikan.

10. Hubungan menjadi renggang.

Rahsia itu akan membuat kalian semakin menjauh. Dia takut ingin mendekati anda kerana bimbang rahsianya akan terbongkar, manakala anda pula tidak jelas akan tanda ini.

Rahsia kadang kala boleh memusnahkan hubungan yang terbina. Jadi sentiasa awasi pasangan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,669 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen