Bila Ada Masalah Mengadu Dengan Pasangan, Jangan Nak Pendam Dalam Hati Sahaja. Kan Dah Jadi Suami Isteri, Tak Perlu Nak Rahsia-Rahsia Lagi.

 

Setiap orang tak akan lari daripada masalah. Tidak kiralah masalah yang ringan ataupun berat, itu semua tetap masalah yang akan mengganggu tumpuan serta pemikirannya. Ada orang mungkin akan berdepan dengan masalah kerja, rumahtangga, keluarga, rakan-rakan ataupun kewangan. Jika pelbagai masalah menyerang dalam satu masa, mampu ke anda bertahan seorang diri?

Bila mengalami masalah, seseorang lebih memilih untuk pendam dan juga cuba untuk menyelesaikan sendiri tanpa bantuan orang lain. Walau sebeban mana pun masalah yang datang itu, ramai yang merasakan diri mereka ini mampu nak selesaikan masalah mereka juga tidak mahu menyusahkan orang lain.


Bagi pasangan yang sudah berkahwin, anda sepatutnya gunakan peluang yang diberikan ini untuk berkongsi masalah anda dengan pasangan anda. Jangan hanya pendam segala masalah itu di dalam hati dan yakin anda mampu selesaikannya bersedirian. Kadang kala, kita berkongsi masalah bukan untuk minta bantuan, tetapi lebih minta untuk didengari dan memberikan pendapat.



Maka dengan itu, gunakan pasangan anda untuk mendengar segala masalah anda. Jangan merasakan bahawa anda tidak mahu berkongsi masalah dengannya hanya kerana tidak mahu menjadi beban atau mengganggu fikirannya. Sedangkan, jika kalian berkongsi masalah banyak perkara yang boleh diselesaikan, antaranya.

1. Perkongsian pendapat yang anda tak mampu fikir secara bersendirian.

2. Hati lebih lega dan tenang bila berkongsi.

3. Tidak menimbulkan rasa curiga atau was-was terhadap pasangan.

4. Dapat sokongan dari pasangan yang menaikan semangat anda.

5. Lebih yakin untuk selesaikan masalah.

6. Masalah akan lebih segera selesai.

Sebagai pasangan suami isteri, tentu sahaja kalian berkongsi semua perkara. Jangan nak ada rahsia antara kalian. Ini kerana, rahsia itu akan memakan diri anda sendiri pada masa akan datang. Keburukan berahsia dengan pasangan ini satu perkara yang memakan hubungan sebenarnya.



Jadi bila ada masalah kongsi dengan pasangan anda, kerana pasangan itu merupakan sabahat baik dan juga orang yang paling anda percayai. Buang segala ego antara kalian tetapi saling berkongsi dan meluahkan rasa akan membantu hubungan berkembang secara positif.

Namun, jika pasangan anda tidak mahu mendengar. Cari keluarga dan rakan-rakan yang setia dia sisi anda. Jangan simpan masalah anda bersendirian. Begitu juga anda yang bujang!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,657 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen