Bila Kawan Sedang Berkongsi Rahsia Hati, Jangan Katakan 5 Perkara Ini Pada Mereka. Cuba Jaga Hati Mereka Sikit.

 

Apabila semakin dewasa ini, semua orang akan berdepan dengan masalah mereka yang tersendiri. Ada yang akan berdepan dengan masalah kerja, keluarga, kewangan, ataupun percintaan. Sebagai rakan dan juga orang dewasa, kadang kala bukan pertolongan yang diperlukan tetapi adalah menjadi pendengar yang setia buat rakan-rakannya.

Nak-nak lagi apabila rakan anda itu sedang putus cinta, lagi lah anda kena lebih bijak dalam berkata-kata malah kenalah juga jaga hati rakan anda itu. Mana tidaknya, orang yang patah hati serta ada masalah ini biasanya lebih sensitif dari biasa.


Bila rakan anda patah hati, jangan kata seperti ini pada mereka.

1. “Itu tak seteruk aku. Aku pernah....”

Kisah setiap orang ini tidak sama, malah kekuatan yang dimiliki juga berbeza. Walaupun anda lalui perkara yang sama atau kejadian yang sama, tetapi itu tidak bermakna rakan anda juga mampu lalui seperti anda. Maka dengan itu, apa kata anda cuba untuk dengar bukan bandingkan masalahnya dengan apa yang anda telah lalui.



2. “Okay, jadi apa kena mengena dengan aku?”

Rakan anda ingin luahkan segala masalah, jadi cuba mendengar dengan baik walaupun ia tidak ada kena mengena dengan anda. Itu pun dah cukup untuk membantunya. Jangan pula anda lepas tangan bila rakan berdepan masalah.

3. “Tindakan kau memang tepat sekali.”

Sebagai seorang rakan, bila dia melakukan kesalahan anda perlu menegurnya. Bila tindakannya salah kenalah tegur. Jangan anda sokong segala perkara kerana cemburu akan kebahagiaan dirinya. Setiap orangkan ada kebahagiaan masing-masing.



4. “Alah, kejap aje tu. okaylah nanti.”

Walaupun nampak macam ayat menenangkan hati, tetapi ia seolah-olah anda tidak kisah akan keadaan rakan anda itu. Adalah lebih baik sebenarnya kalau anda biarkan dia habis cerita dan membuat kesimpulan yang baik, beri nasihat yang baik bukan menjatuhkan dirinya.

5. “Perasaan je tu, banyak sangat berfikir...”

Kadang kala perasaan itu yang membuatkan seseorang banyak berfikir, maka nasihat atau kata-kata seperti ini tidak membantu sebenarnya. Apa kata, anda cuba untuk tenangkan hatinya dengan kata-kata yang lebih baik, bukan seperti ini.

Menjadi pendengar yang baik serta memberi nasihat yang matang bukan menjatuhkan itu tandanya anda seorang rakan yang baik. Jika anda dalam keadaan yang sama serta dapat kata-kata seperti ini tentu anda juga tak senang hati.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,669 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen