Nak Jimat Duit Belanja, Boleh Dah Stop Lakukan 10 Perkara Ini. Lagi-Lagi Buat Mereka Yang Kumpul Duit Kahwin.

 

Jika anda seorang yang berkemampuan, tak salah pun nak berbelanja lebih dan mengikut hawa nafsu anda. Ataupun, anda tak perlu fikirkan kewangan kerana sememangnya sudah kaya, maka tak perlu untuk teruskan membaca tips ini.
Akan tetapi, jika anda seorang yang gajinya cukup setiap bulan, bahkan simpana pun nyawa-nyawa ikan tetapi berbelanja seperti orang kaya. Anda perlu untuk membaca tips ini agar kewangan anda lebih terjamin dan juga ada simpanan.


Menyimpan wang ini bukan satu perkara yang mudah, nak-nak lagi jika anda ini banyak keinginannya. Maka dengan itu, anda perlu berjimat walau apa pun caranya atau dalam terdesak serta terpaksa. Jadi apa yang anda boleh jimatkan dari perbelanjaan anda hari ini. Jom baca ini.



1. Makan luar.

Makan luar sememangnya lazat akan tetapi harganya pun sangat agak lumayan berbanding anda makan di rumah. Jadi adalah lebih baik anda masak sendiri, anda boleh memasak ikut kesesuaian bajet anda malah tak perlu nak membazir bila tak habis. Boleh simpan untuk besok bukan?

2. Melanggan perkhidmatan streming.

Langganan premium perkhidmatan seperti Spotify, Netflix, serta menghilangkan iklan untuk memberi anda tonton yang lancar ini rasanya tak perlu dah. Mungkin anda boleh sabar dengan iklan-iklan yang dipamerkan, malah kalau terlalu mahal tengok sahaja yang percuma. Sudah tentu, perkhidmatan streaming ini memerlukan pendapatan untuk beroperasi, tetapi itu tidak bermkana anda perlu membelanjakan wang anda untuk itu.



3. Bercuti setiap bulan.

Percutian sememangnya akan memakan wang ringgit yang banyak. Mana tidaknya, duit minyak, makan, hotel serta lain-lain sememangnya akan membuat anda ikat perut pada hujung bulan. Bukan itu sahaja, anda juga akan kering simpanan. Jadi hadkan percutian anda.

4. Pantang nampak sale.

Bila nampak ada potongan 50%, tentu ramai yang tergesa-gesa untuk membelinya walaupun tidak memerlukannya. Tahukah anda kadang kala itu adalah harga sebenar barang tersebut sebelum atau selepas sale. Hati-hati, jangan terpedaya.



5. Naik taraf teknologi anda.

Di sinilah orang sering menghabiskan banyak wang apabila mereka tidak perlu. Contohnya, sebaik sahaja iPhone baru dilancarkan, orang ramai akan segera membeli yang terkini, walaupun peranti semasa mereka berjalan dengan baik. Sekiranya ini berlaku, pertimbangkan bagaimana anda boleh menjimatkan wang dengan baik jika tidak terlalu mengikuti naik taraf teknologi ini.

6. Beberlanja mengikut nafsu.

Setiap orang akan kalah dengan nafsu apabila dia sudah lama teringin akan sesuatu perkara. Nak-nak bila dia teringin akan perkara tersebut dia ada sale yang menjanjikan potongan sebanyak 70% atau 50%. Siapa yang tak mahu membelinya walaupun wang dalam bank tinggal RM12.12 sehingga hujung bulan.

Banyak lagi perkara yang perlu anda jimatkan sebenarnya. Akan tetapi semua itu tak akan berjaya kalau anda tidak memiliki tekad yang kuat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,669 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen