8 Perkara Yang Ada Pada Lelaki Membuat Wanita Sangat Menggilainya. Kalau Dapat Tak Cari Lain.

 

Nak pikat hati wanita ini tak mudah sebenarnya. Setiap wanita minatnya lain-lain terhadap bakal pasangannya. Tak semua mereka ini sukakan lelaki yang sama, setiap dari mereka tentu ada minat yang tersendiri. Namun begitu, dalam tempoh perkenalan ada beberapa ciri lelaki yang menjadi tumpun wanita.

Siapa yang memiliki ciri-ciri seperti ini sangat beruntung, akan tetapi buat anda yang tak memiliki ciri seperti ini, jangan bimbang. Gunakan keikhlasan anda untuk menawan hati si gadis yang anda sukai. Kan minat setiap orang berlainan.


Jadi apa yang selalu memberi kesan kepada wanita saat perkenalan.

1. Mempunyai bakat.

Kadang-kadang kemahiran seperti bermain alat muzik, bernyanyi, menari, menulis dan sebagainya boleh membuat banyak wanita jatuh cinta. Dia akan menunjukkan bakat atau kekuatan lain yang difikirkannya boleh membuat si lelaki berminat.



2. Berbadan atlet.

Bukan berbadan sado atau gagah pekasa. Akan tetapi lelaki yang suka bersukan dan ditangan mereka itu ada urat-urat sedikit. Walaupun kadang kala ada yang tidak berotot akan tetapi jika menyatakan seorang yang bersukan atau lakukan aktiviti lasak tentu dapat tarik perhatian mereka. Bagi wanita, lelaki yang suka bersukan dan suka aktiviti lasak ini seorang yang kuat dan maskulin.

3. Dompetnya tebal.

Wanita mana yang akan tolak lelaki berdompet tebal ini. Lelaki seperti ini memang dambaan ramai wanita. Mana tidaknya, kewangan yang stabil tentu sahaja mempunyai masa depan yang cerah. Nampak sangat lelaki seperti ini sangat memikirkan masa depan serta berusaha keras. Itu yang mambuatkan wanita senang dengan mereka.



4. Kerja yang wow!

Selain memiliki dompet yang tebal, lelaki yang mempunyai kerja yang wow pun dapat tarikan di mata wanita. Lelaki seperti ini tentu mempunyai kerjaya yang menarik malah kehidupan yang stabil. Selalunya profesion atau pekerjaan yang "mempunyai kelas" dapat menarik perhatian wanita-wanita yang minat akan lelaki seperti ini.

5. Bijak orangnya.

Lelaki yang bijak juga mendapat perhatian dikalangan wanita juga. Bagi wanita, lelaki yang bijak ini mempunyai ciri yang tersendiri. Nak-nak lagi kalau dia bercakap mengenai fakta dan juga isu semasa, sememangnya memikat hati wanita. Walaupun tidak memiliki pelajaran yang tinggi, tapi kalau anda seorang yang bijak pun dapat tarik wanita okay!



6. Penyayang.

Mana-mana wanita tentunya dahagakan kasih sayang seorang lelaki. Sebab itu, bila anda melayaninya dengan baik serta penuh kasih sayang tentu sahaja dia akan memilih anda sebagai pasangannya. Sebab itulah ada wanita yang sanggup susah senang bersama, asalkan pasangannya itu seorang yang menyayangi dirinya.

7. keikhlasan.

Rata-rata wanita yang pernah ditipu serta dicurangi akan memilih keikhlasan seorang lelaki. Ini kerana, keikhlasan itu lebih penting dari segalanya. Ikhlas terima baik dan buruk pasangannya itu sememangnya perkara yang sangat mahal yang ada pada diri seseorang.

8. Agamanya.

Ada juga wanita yang sukakan seorang lelaki kerana ilmu agamanya. Bahkan, wanita seperti ini selalunya inginkan bimbingan dan mula ingin lebih kenal dengan Allah. Sebab itulah, lelaki yang beragama menjadi pilihannya. Bagi mereka lelaki seperti ini mampu memberi kebahagiaan dunia akhirat buat mereka.

Jangan risau, jika seseorang itu adalah jodoh anda, tentu dia akan meminati setiap kelebihan yang anda miliki.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,662 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen