Cemburu Seorang Suami, Bukan Susah Pun Nak Tahu Suami Anda Sedang Cemburu.

 

Setinggi mana pun ego seorang lelaki, tak mustahil bagi dirinya untuk tidak terasa cemburu melihat orang yang disayangi rapat dengan lelaki lain. Pasti akan ada rasa cemburu apabila anda lelaki lain yang memuji pasangannya malah cuba untuk mendekatinya.

Kalau cemburu wanita ini mudah dilihat, akan tetapi cemburu lelaki ini tidak mudah dilihat. Mereka ini bijak untuk menyimpan dalam diam walaupun dalam hati penuh dengan perasaan yang membara, resah serta ingin tahu. Lelaki ini kalau cemburunya diketahui, tentu sahaja akan merendahkan egonya. Akan tetapi, kalau dah sayang tak akan tak ada rasa cemburu pula.


Buat wanita yang merasakan lelaki ini sukar untuk rasa cemburu, anda silap. Mereka ini cemburu, sama seperti anda cuma gerak geri mereka akan manyatakan bahawa mereka ini cemburu. Macam mana?



1. Memantau kegiatan isteri

Mereka ini bila cemburu tak luah, akan tetapi dia mula memantau kegiatan isterinya. Nak tahu apa yang isterinya lakukan, waktu lunch makan dengan siapa?, siapa yang cuba mendekati isterinya di pejabat dan macam-macam lagi. Mereka ini memantau dan memerhati sebabnya takut kalau ada cuba yang mendekati.

2. Selalu menuduh

Bila dah rasa cemburu, mulalah rasa curiga. Maka dia akan mula menuduh tapi jarang perkara ini belaku melainkan kalau cemburunya sudah sampai tahapnya. Bila dia bertanya seakan-akan menuduh ini jangan kerohkan keadaan tetapi cuba untuk jelaskan keadaan. Barulah ia tidak semakin rumit.



3. Mula tarik muka

Orang lelaki kalau mula cemburu, dia pun akan tarik muka sebenarnya. Ini adalah salah satu cara merajuk orang lelaki. Nak-nak lagi kalau dia kata “siapa yang cemburu” sambil buat muka. Itu tanda dia cemburu cuma tak nak mengaku sahaja.

4. Perubahan sikap

Eh, tiba-tiba jadi begitu penyayang atau baik dengan anda tentu ada perkara yang dia mahukan. Sama ada dia ada hajat tersendiri atau dia takut hilang anda. Tapi bila lelaki cemburu dia pun akan berbuat baik dengan anda malah menjaga hati anda sekali.



5. Selalu nak ikut isteri

Kalau dulu dia selesa kalau isterinya pergi ke mana-mana bersendirian, akan tetapi kini dia rajin pula temani anda. Itu tandanya adalah yang dia cemburukan itu. Dia ikut pun sebab tak nak isterinya kena kacau.

Cemburu orang lelaki ini memang anda tak akan nampak kalau setakat biasa-biasa je. Malah mereka juga sukar cemburu, tapi bila cemburu anda pula yang tak larat nak melayaninya nanti.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,502 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen