Hati-Hati, 6 Situasi Ini Punca Pasangan Berfikir Untuk Menduakan Anda Dalam Diam. Cuba Check Semula Hubungan Kalian.

 

Pernah atau tidak anda terfikir mengapa pasangan anda berlaku curang? Atau apa punca dia berlaku curang? Salah siapa sebenarnya, dia atau anda?

Bila dengar pasangan curang, atau ada percubaan untuk berlaku curang tentu sahaja sesiapa pun akan cepat melenting dan naik angin. Bagi mereka ini adalah satu perkara yang tak patut berlaku buat mereka yang sudah mempunyai pasangan. Bahkan bagi mereka, ini adalah satu perkara yang salah tetapi tidak pula menyalahkan dirinya sendiri.


Sebenarnya, curang ini bukan sahaja pilihan akan tetapi sikap dan kelakukan pasangan pun boleh menjadi punca seseorang untuk berlaku curang. Mana tidaknya, kalau dia tidak merasakan kebahagiaan dari anda, dia akan cuba untuk mencari dari orang lain pula.

Jadinya, ini adalah 6 situasi yang membuatkan pasangan terfikir untuk curang.



1. Tak ada masa buat dirinya.

Bila anda sudah memiliki pasangan, maka dengan itu anda perlu bijak untuk bahagikan masa dengan dirinya. Sebagai contoh, masa untuk dating dengan masa kerja anda. Kalau anda terlalu sibuk dengan kerja sampai tak ada masa untuknya, tentu dia akan cari orang lain yang sudi luangkan masa buat dirinya.

2. Jarang memuji pasangan.

Memuji pasangan ini bagaikan satu keinginan atau satu rawatan emosi buat seseorang. Nak-nak lagi jika dia mendapatkan pujian dari orang yang mereka sayangi. Akan tetapi, bila dia tidak mendapatkan pujian dari anda maka dia akan mencari orang lain yang suka memuji dirinya.

3. Lupakan hari-hari yang penting.

Bagi wanita, hari-hari penting ini adalah satu perkara yang sangat penting untuk kekalkan hubungan yang harmoni dan bahagia. Jika anda melupakan hari ini, tentu sahaja dia akan mula berfikir untuk mencari seseorang yang sentiasa mengingati hari yang penting dan menghargai dirinya.



4. Tak tunai janji.

Sekali dua dengan alasan yang logik mungkin boleh diterima. Akan tetapi, jika sudah kerap kali sehingga dia sendiri pun sudah lali dengan sikap anda, itu tandanya dia sudah berubah hati. Jika berterusan, dia akan perlukan teman lain untuk tunaikan segala janji anda.

5. Jarang membalas pesanan atau call.

Komunikasi dan saling berhubung adalah rempah yang penting dalam perhubungan. Jika anda sengaja tidak membalas pesanan atu call pasangan dengan niat tidak mahu berbual atau diganggu olehnya, maka jangan marah jika dia terasa ingin memiliki orang yang rajin membalas pesanan dan callnya.



6. Rasa tak bahagia.

Apabila seseorang merasakan tidak bahagia dengan hubungan yang terbina, maka dia akan mula merasakan bahawa akan ada orang lain yang boleh membahagiakan dirinya. Kebahagiaan yang terbina itulah yang akan memainkan peranan terhadap pemikiran dan perasaan seseorang.

Pernah anda dengar kata-kata ini “disaat anda tidak melukakan pasangan anda, akan ada orang lain yang menggembirakan dan membahagiakan dirinya”? Jadi sentiasa berhati-hati dengan perbuatan dan tingkah laku anda jika anda tidak ingin kecurangan berlaku dalam hubungan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,662 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen