Suami Memang Kena Manjakan Isteri Selalu, Tapi Jangan Sampai Melanggar 4 Perkara Ini.

 

Sungguh bertuah seorang isteri kalau memiliki suami yang mengutamakan dirinya, malah sentiasa memanjakan dirinya. Mana-mana isteri tentu sahaja menginginkan perkara sebegini kerana, emosi mereka akan lebih terjamin dan juga tenang. Kalau dapat suami seperti ini, tentu rasa hidup bagaikan seperti puteri yang bahagia.

Tapi itulah, nak manjakan isteri sekalipun perlu kena dengan caranya. Isteri itu sememangnya tulang belakang buat suaminya, malah emosi isteri itu adalah keceriaan dan kebahagiaan dalam rumahtangga. Akan tetapi, sebagai suami bila nak manjakan isteri itu jangan terlalu berlebihan sehingga menjadi beban buat diri sendiri.


Nak manjakan itu tak salah akan tetapi jangan sampai melampaui batas 4 perkara ini.



1. Permintaan di luar batas suami.

Kadang kala ada permintaan yang suami boleh tunaikan, akan tetapi ada juga permintaan yang suami kadang kala tak mampu nak tunaikan. Kalau tunaikan pun akan menjadi beban buat dirinya. Maka dengan itu, suami jangan hanya turutkan sahaja akan tetapi jadi lebih tegas.

Nak minta sesuatu kenalah tahu kemampuan suami, jangan sampai suami terbeban dengan permintaan isteri sendiri. Yang suami pula, kenalah bijak untuk turut atau tidak permintaan isteri, jangan suami ikut sahaja kerana sayangkan isteri.

2. Permintaan membuatkan hubungan suami dan keluarga bermasam muka.

Ikatan keluarga tak akan terputus walaupun bergaduh dan bermasam muka, akan tetapi kemeseraan itu akan hilang jika ada salah faham yang melampau. Maka dengan itu, jika permintaan isteri itu akan memberi kesan kepada hubungan kekeluargaan anda maka, cuba untuk elakkan dan berfikir panjang untuk melakukannya.

Mana tidaknya, kalau anda lakukan juga mungkin anda akan bergaduh atau bermasam muka dengan ahli keluarga sendiri. Bukan ke itu akan menyusahkan anda. Mana tidaknya, bila anda susah nanti ahli keluarga juga yang anda cari.



3. Permintaan yang akan mencemarkan maruah suami.

Seorang isteri sepatutnya menjaga nama baik serta maruah suaminya. Begitu juga dengan seorang suami yang perlu menjaga nama baik serta maruah isteri. Maka dengan itu, jika isteri meminta anda untuk memberi kebenaran ataupun meminta izin yang akan menjatuhkan maruah anda, anda perlu berfikiran lebih rasional dan melarang perbuatan itu.
Sama juga jika isteri telah menjatuhkan maruah anda sebagai suami, maka beri teguran dan didiknya dengan sebaiknya. Jangan hanya turuti sahaja kelakuan yang telah dia lakukan.

4. Permintaan yang membuatkan isteri semakin jauh dari jalan Allah.

Tugas seorang suami adalah mendidik dan membimbing isterinya untuk lebih dekat kepada Allah. Bukannya menggalakkan malah mengizinkan untuk isterinya semakin jauh dengan Allah. Sebab itulah, pentingnay didikan agama dalam rumahtangga serta buat suami sendiri.

Sebagai contoh, didik isteri untuk menutup aurat, solat yang cukup serta menjauhi segala perkara yang menjadi larangan Allah. Barulah, hubungan yang terbina itu lebih diberkati.

Suami-suami, kalau nak manjakan isteri ada hadnya. Anda inikan ketua keluarga, maka bimbing keluarga anda ke jalan yang betul dan mendapat keredhaan Allah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,657 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen