Wanita 'Bermisai' Hilangkan Bulu Halus Menggunakan 5 Bahan Ini. Mudah Saja.

 

Pernah ada lihat wanita yang memiliki bulu-bulu halus disekitar bibir mereka. Jika dilihat sekali imbas, ia seolah-olah seperti misai yang terbentuk, namun ia tumbuh pada wanita dan bukannya lelaki. Maka dengan itu, ia tidak boleh dipanggil misai tetapi lebih kepada bulu-bulu halus.

Mungkin tidak semua wanita yang berdepan dengan masalah ini, tetapi ada segelintir wanita yang mengalami masalah seperti ini. Bukan itu yang membimbangkan sebenarnya, tetapi yang membimbangkan adalah apabila ia mula mendapat teguran dari orang lain terutama orang lelaki.


Ada juga wanita yang malu apabila dipanggil dengan jolokkan “wanita bermisai”. Malahan, kalau nak hilangkan bulu-bulu ini mungkin akan memakan kos yang agak mahal kalau mengikut rawatan moden. Tetapi, ada cara yang mudah sebenarnya nak tangani masalah ini dengan menggunakan bahan ini sahaja.



1. Serbuk kunyit

Ambil dua sudu teh kunyit serbuk dan dua sudu teh susu segar. Campur keduanya hingga menjadi sebati seperti pes kemudian sapu di bahagian atas bibir.

Bila sudah kering, bilas dengan air bersih. Tapi cara ini mungkin akan meninggalkan sedikit warna kuning di bibir.

2. Tepung kosong

Hampir sama seperti cara di atas, bancuh dan sapukan atas bibir anda. Setelah kering, kopek dan tarik sisa tepung yang kering di kawasan tersebut.



3. Gula dan lemon

Cara ini bukan sahaja hilangkan bulu halus atas bibir, tapi juga boleh mencerahkan kulit. Pertama sekali panaskan gula dalam kuali kemudian masukkan jus lemon supaya air jadi likat.

Sapukan campuran pada bahagian atas bibir. Biarkan beberapa ketika sebelum menekannya dengan kain bersih.
Urut kawasan tersebut dengan gerakkan membulat sambil kain tersebut ditarik ke arah bulu-bulu halus itu tumbuh. (Untuk menarik keluar bulu dari akarnya)



4. Putih telur

Ambil putih telur lalu campurkan dengan tepung jagung dan gula. Gaul sebati dan sapukan pada bahagian bulu halus. Biarkan selama 30 minit sebelum mengupas dan manariknya.



5. Skrub madu dan juga aprikot.

Cara ini juga boleh mengeluarkan sel kulit mati yang ada pada permukaan kulit sekali gus buat wajah bersih dan halus.

Campurkan buah aprikot kering bersama madu. Sapukan campuran di seluruh wajah anda dan tunggu sehingga 15 minit.

Buat gerakkan membulat pada bahagian wajah yang mempunyai bulu halus dengan lembut. Sudah selesai bilas dengan air suam.

Selamat mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,657 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen