Orang Lelaki Pantang Dengan Perkara Ini, Yang Perempuan Jangan Lakukan Pula.

 

Nak kenali seorang lelaki dan mendekati mereka ini, tentu sahaja anda perlu ketahui apa yang mereka suka dan apa yang mereka tidak suka. Seperti yang sedia maklum, lelaki ini suka akan wanita yang manja, cantik, lemah lembut, terima dirinya seadanya dan lain-lain lagi. Itu yang lelaki suka. Tapi bagaimana pula dengan apa yang lelaki tak suka?

Tahukah anda, ada beberapa perkara yang orang lelaki tak suka, tetapi orang perempuan kerap kali akan melakukannya. Tidak kiralah diawal perkenalan, dalam perhubungan ataupun telah lama bersama. Jadi buat wanita-wanita di luar sana, jom alert apa yang lelaki tidak suka.


1. Ungkit kisah lama

Orang lelaki ini paling tidak suka mengungkit kisah lama. Nak-nak lagi kisah sedihnya, saat yang memalukan dirinya ataupun perkara hitam yang pernah terjadi dalam hidupnya. Biasanya mereka ini hanya ingin memandang ke hadapan tanpa cuba mengingati perkara seperti itu. Jadi, hati-hati apabila anda meminta seorang lelaki menceritakan kisah hidupnya.



2. Banyak soal

Bukan itu sahaja, lelaki juga tidak suka akan wanita yang terlalu banyak soal. Kenapa, mengapa, bagaimana, berapa dan sebabnya, ini semua akan mengganggu dirinya sebenarnya. Orang lelaki tidak sukakan persoalan yang banyak. Biasanya dia akan memberikan satu jawapan yang ringkas dan padat. Akan tetapi wanita sahaja yang kurang dapat memahami dengan segera segala jawapannya itu.

3. Berkelakuan seperti kanak-kanak

Mungkin bagi seorang wanita, berkelakuan seperti ini adalah disukai lelaki malah ia juga kelihatan manja. Namun, sebenarnya kelakuan ini kurang digemari oleh lelaki kerana merasakan ia seperti dibuat-buat dan inginkan perhatian. Lelaki lebih sukakan wanita yang bersikap matang serta bijak.



4. Suka mengongkong

Ini adalah satu perbuatan yang sangat disukai oleh wanita. Rata-rata wanita akan melakukan perkara ini apabila dia menjalinkan hubungan. Bagi dirinya, perkara ini adalah tanda dirinya sayang, bimbang dan juga takut kehilangan pasangannya. Namun begitu, perkara ini sangat tidak disukai lelaki kerana ia tidak selesa dan rimas dengan perbuatan ini.

5. Tak tahu simpan rahsia lain

Biasanya pasangan adalah orang yang paling dipercayai. Namun jika sikap suka menyebarkan rahsia malah tidak tidak tahu menyimpan rahsia ia bukanlah satu perbuatan yang disukai lelaki. Mana tidaknya, setiap orang mempunyai rahsia yang tersendiri dan perlu disimpan rapi, kalau dia ingin berkongsi dia akan berkongsi pada yang betul-betul dia percayai. Tetapi kalau seperti ini, kepercayaannya mudah hilang.




Bukan itu sahaja, ada juga perkara lain yang lelaki tidak suka wanita lakukan. Bukan apa, bagi dirinya ini adalah masa peribadinya. Jadi jika dirinya lakukan dengan sengaja tentu sahaja ia bukan satu perkara yang boleh diterima dengan hati yang terbuka.

• Pantang kalau dompetnya diselongkar
• Pantang kalau handphonenya diceroboh
• Pantang kalau masa tangok bola dikacau
• Pantang masa tidurnya diganggu
• Pantang wanita meninggikan suara
• Pantang kalau diminta melakukan sesuatu yang tidak disukai
• Pantang kalau kenderaannya tidak dijaga

Sebab itu, sebelum anda melakukan apa pun cuba untuk berfikir dahulu. Walaupun pasangan anda itu sayang pada anda tetapi apabila dia kata tidak suka, maka dia tidak menyukainya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,665 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen