Ramai Kata Susah Nak Kecilkan Pipi Yang Tembam Ini, Tapi Ini Tips Rahsia Kurangkan Lemak Pada Wajah Anda.

 

Ada orang memiliki tubuh yang sesuai dengan pipinya, ada pula yang berbadan kurus tetapi pipinya agak berisi dan juga tembam. Selalunya, orang tidak ada masalah untuk kuruskan badan. Janji mempunyai tekad yang kuat serta bersungguh-sungguh tentu tak ada masalah untuk mendapatkan berat badan yang ideal.


Namun begitu, masalah yang paling sukar adalah mengecilkan pipi yang gebu itu. Sesetengah orang suka akan pipi pau ini, tetapi ada juga yang berusaha dengan begitu gigih untuk kecilkan pipi mereka. Jadi bagaimana nak kurangkan lemak di pipi ini.

Ini rahsianya...

1. Kurangkan gula dan garam

Ini antara kaedah cepat untuk kurangkan berat badan sekaligus pipi gebu anda itu. Sekiranya anda mengambil terlalu banyak gula dan garam, tubuh anda akan menyimpan lebih banyak air. Oleh itu, menghadkan pengambilan kedua bahan ini akan mengurangkan lemak di pipi sekaligus badan anda juga.



2. Urutan pipi

Kena rajin untuk lakukan pipi agar dapat mengurangkan lemak-lemak yang ada di pipi anda. Urutan ini perlu dilakukan dengan kerap barulah nampak kesannya. Malah anda juga boleh gunakan urutan ini semasa mencuci wajah serta memakai skincare di wajah anda.

3. Jaga pemakanan

Tak guna jika anda melakukan sebagai cara tapi anda tidak menjaga pemakanan anda. Bukan badan sahaja yang perlu anda jaga pemakanan, tetapi pipi juga akan mendapat kesan sampingannya. Hadkan makanan yang diproses, makan makanan segar dan berhenti sebelum kenyang.



4. Minum air secukupnya

Pengambil air yang mencukupi dapat membuat perut anda terasa lebih kenyang, redakan sakit kepala serta kurangkan rasa lapar keterlaluan. Selain dari itu, ia juga membuat kulit lebih lembab serta tingkatkan metabolisme anda.

5. Jangan tidur berlebihan

Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya, bukan tidur yang berlebihan. Ini kerana tidur yang berlebihan pun boleh menambah berat badan sekaligus mengekalkan pipi pau anda. pastikan tidur tidak lebih 7 hingga 9 jam sehari.

Masalah pipi pau ini kadang kala memang mengganggu, tapi kadang kala comel juga jika dilihat lama-lama.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,657 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen