Bakal Pengantin Takut Nak Jumpa Doktor Gigi? Ini 5 Cara Hapuskan Plak Guna Bahan Ada Kat Dapur Jer.

 

Teringin nak memiliki gigi yang putih bersih tapi kalau boleh tak nak bazirkan duit dan masa untuk berjumpa dengan doktor gigi. Bahkan doktor gigi ini sangat menakutkan sebenarnya. Tapi macam mana plak yang banyak pada gigi ini sampaikan nampak berwarna kuning pada celah-celah gigi. Ia akan membuatkan gigi kelihatan kotor dan tidak terjaga.

Walaupun dah gosok gigi dua kali sehari, berkumur selepas makan tetapi tetap sahaja sukar dihilangkan. Tak akan kena pergi jumpa doktor gigi kot... Kalau dibiarkan masalah ini lama-lama ia akan menyebabkan kerosakan pada gigi malah akan membuatkan nafas berbau.


Tapi jika anda tidak mehu berjumpa doktor gigi untuk merawat perkara ini, anda boleh saja lakukan perkara ini di rumah. Apa yang lebih menarik adalah bahan-bahan tersedia di dapur anda itu.

Jom cuba!



1. Guna kulit oren

Buah jenis sitrus berguna untuk menghapuskan plak kerana kandungan asid yang dimiliki. Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan ambil kulit buah oren yang telah dikupas dan gosok terus pada gigi selasa 2 hingga 3 minit. Kemudian berkumur dengan air suam selepas itu. Jangan lupa untuk lakukan 2 atau 3 kali seminggu.



2. Jus lemon

Asid pada lemon bukan sahaja menghapuskan plak tapi ia juga membantu untuk memutihkan gigi. Caranya mudah saja, berus gigi dalam jus lemon dan gosok gigi dengan rata. Biarkan seketika sebelum membilasnya.
Perlu diingatkan bahawa jus lemon ini cukup kuat dan boleh mengakibatkan hakisan gigi.



3. Minyak kelapa

Selain sesuai digunakan untuk melebatkan rambut, minyak kelapa juga mampu menyerap kotoran dalam mulut dan mempunyai kesan antibakteria untuk menentang mikro organisma yang terjadi pada bahagian ini.

Caranya mudah sahaja, ratakan 1-2 sudu besar minyak kelapa ini dalam mulut dan biarkan selama 10-15 minit. Kemudian keluarkan dan berkumur dengan air.



4. Buah tomato & strawberi.

Kedua buah ini kaya dengan vitamin C, jika anda merasakan buah sitrus tidak sesuai dengan anda maka boleh gunakan dua buah ini.

Potong kecil dan gosok pada gigi anda. Biarkan selama 5 minit sebelum berkumur untuk membersihkannya.



5. Bunga cengkih

Telah lama digunakan untuk meredakan sakit gigi, bahkan rempah ini juga sesuai untuk digunakan sebagai membasmi kuman di dalam mulut. Caranya kisar bunga cengkih ini dan campurkan sedikit minyak zaitun. Sapukan campuran ini pada bahagaian gigi yang mempunyai plak.

Semua cara ini berkesan untuk mengatasi masalah plak pada gigi yang tidak terlalu teruk. Sekiranya anda mempunyai masalah gigi sensitif dan plak begitu teruk, segera dapatkan rawatan doktor.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,657 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen