Ingatkan Sebab Malas Senam & Tak Jaga Makan Punca Berat Badan Naik, Rupanya 5 Perkara Ini Pun Menjadi Punca.

 

Selalunya kita menganggap bahawa berat badan akan naik dengan mendadak kalau tidak melakukan senaman malah tidak juga menjaga pemakanan. Paling ketara dan selalu diingatkan oleh orang ramai adalah dengan tidak menjaga pemakanan.

Makan makanan berminyak, fast food, berlemak serta macam-macam lagi menyebabkan punca berat badan bertambah lalu mengakibatkan kegemukkan. Itu betul sebenarnya, malah tidak bersenam pun sebenarnya punca kepada kegemukkan.


Namun begitu, ramai yang tak perasaan akan perkara lain yang sebenarnya membuat badan anda semakin membesar secara dalam diam. Kadang kala ia adalah satu gaya hidup yang anda sukai. Haaa, jangan terkejut pula!



1. Tidur terlalu banyak

Rata-rata mereka yang bujang ini suka menghabiskan masa mereka dengan tidur. Banyak orang berfikir bahawa tidur yang banyak sama seperti mendapatkan rehat yang banyak, tetapi sebenarnya tidur secara berlebihan juga tidak baik buat diri anda.

Menurut kajian yang dijalankan oleh PLOS One Juranl, tidur lebih daripada 10 jam setiap malam boleh menyebabkan indeks jisim badan bertambah. Sebab itulah saranan yang terbaik untuk tidur adalah 7 hingga 9 jam setiap hari.

2. Tidak mengemas katil

Jika anda berkongsi bilik mungkin tidak akan berdepan akan perkara ini, tetapi jika anda tinggal berseorangan mungkin anda akan melakukan ini. Satu kajian mendedahkan bahawa mereka yang dilaporkan mengemas katil akan mendapat tidur yang lena. Tidur yang lena akan membantu mengekalkan tubuh badan yang sihat.



3. Bersiap dalam suasana yang malap atau gelap.

Ada orang begitu selesa dengan suasana yang malap serta sedikit gelap di dalam biliknya. Baginya ia menenangkan. Namun, menurut kajian dari Jurnal PloS One, gelombang cahaya biru dari matahari awal pagi meningkatkan metabolisme anda dan membanti untuk membangunkan badan anda. Malah 20 hingga 30 minit sahaja waktu siang hari sudah cukup memberikan kesan pada berat badan anda.

4. Jarang bersarapan

Tidak mengambil sarapan yang mencukupi ataupun jarang bersarapan sebenarnya tidak elok untuk tubuh badan anda. Menurut penyelidik dari Universiti Tel Aviv menegaskan bahawa anda perlu memanjakan diri dengan hidangan yang lazat pada waktu pagi. Lepas ini jangan terlepas waktu sarapan anda.



5. Tidak menimbang berat badan

Ramai yang tidak tahu bahawa menimbang berat badan setiap hari adalah teknik yang berjaya untuk turutkan berat badan. Masa terbaik untuk dapatkan bacaan yang tepat adalah selepas bangun tidur sebelum makan atau minium apa-apa. Ini kerana, ketika tidur anda akan kehilangan berat air untuk semalaman.

Ini adalah beberapa punca mengapa berat anda semakin bertambah. Selepas ini elakkan dari melakukan gaya hidup seperti ini jika anda impikan berat badan yang ideal. Tapi tidak lupa untuk jaga pemakanan dan melakukan senaman juga.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,669 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen