Kena Tanya 5 Soalan Ini Ketika First Date, Barulah Dapat Kenal Si Dia Dengan Lebih Dekat.

 

Perasaan malu dan juga agak kekok pada pertemuan pertama ini sememangnya perkara biasa malah mana-mana pasangan juga akan berdepan dengan perkara ini. Selama ini hanya bersemabang melalui media sosial sahaja, kini nak sembang depan-depan pula, itu yang agak kekok itu.

Namun begitu, pada pertemuan pertama ini jangan terlalu layan kekok dan juga rasa malu itu sangat. Takut nanti pertemuan ini akan lebih banyak diam dan memboringkan. Anda sepatutnya menggunakan peluang ini untuk kenal lebih dekat dengan si dia bukan duduk mendiamkan diri.


Pastikan juga anda menyediakan soalan-soalan yang membolehkan anda mengenali pasangan anda dengan lebih dalam, bahkan soalan ini juga perlulah menarik. Barulah perbualan akan semakin rancak dan berpanjangan.

Menurut Elizabeth Kunke, penulis Body Language for Dummies menyatakan bahawa selain mencari pakaian yang sesuai, kamu juga perlu sediakan topik dan soalan yang menarik (juga informatif) ketika pertama kali bertemu. Ini antaranya…



1. “Perkara paling spontan pernah kamu lakukan?”

Jika kamu ingin tahu sama ada si dia jenis fleksibel, berani mengambil risiko atau sebagainya, tanya soalan ini.

2. “Buku pilihan kamu?”
Pertanyaan ini akan menjawab apa kegemaran si dia serta tahap kebijaksanaannya.

3. “Adakah kamu masih berhubung dengan kawan-kawan zaman sekolah atau kolej?”

Jawapan si dia akan menunjukkan sama ada dia jenis yang menghargai persahabatan dengan teman lamanya atau tidak.



4. “Jika kamu diberi peluang melancong ketika ini, ke mana kamu akan pergi?”

Jika dia menjawab tak ke mana-mana, bermakna si dia jenis tipikal yang suka terperap di rumah saja. Tapi kalau jawapan si dia lebih daripada satu destinasi, bermakna dia jenis adventurous.

5. “Apa pekerjaan impian kamu?”

Kamu akan dapat tahu apa yang memberi motivasi dan inspirasi kepadanya, sekali gus ‘membaca’ karakternya.

Ini adalah beberapa contoh soalan, tapi jika anda memiliki soalan yang menarik lain boleh tambah digunakan pada pertemuan nanti.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 597,910 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen