Wanita Lebih Hebat Akan 10 Perkara Ini Berbanding Lelaki, Betul Ke?

 

Kalau orang lelaki selalu lebihnya tentu sahaja pada kegagahan dan keberanian dirinya. Jika nak bandingkan dengan orang perempuan, memang jauh bezalah. Bukan itu sahaja, orang perempuan ini lembut hatinya berbanding lelaki sebab itulah mereka ini sering dipandang lemah.

Namun begitu, jika dari segi kekuatan mungkin wanita ini kelihatan lemah tetapi mereka ini hebat dalam bab lain yang mungkin orang lelaki belum tentu hebat dalam perkara yang sama. Nak tahu apa kehebatan orang perempuan, ini antara kehebatan yang mereka miliki.


1. Pemanduan

Jika diikutkan, wanita jauh lebih berhati-hati dalam pemanduan kereta, dan disebabkan itu mereka sering dimarahi kaum lelaki kerana memandu terlalu perlahan. Lelaki terlalu suka memandu laju dan akhirnya berlaku banyak kemalangan dan dikenakan saman. Menurut kajian, 97 peratus lelaki disabitkan kerana memandu cara berbahaya.



2. Rundingan

Sememangnya lelaki kena akui, wanita lebih hebat dalam buat rundingan. Lebih-lebih lagi waktu membeli-belah. Kalau boleh semua benda nak minta harga kurang. Ini tidak dinafikan lagi, mereka juga sangat pakar dalam rundingan harga-harga pasaran, jadi tidak hairan jika wanita dikatakan lebih pakar dalam rundingan.

3. Kewangan

Walau kuat berbelanja, tapi wanita lebih bijak uruskan perbelanjaan dan bayar bil tepat pada masanya malah mereka turut buat simpanan dua kali ganda lebih berbanding lelaki.



4. Cinta

Kajian menunjukkan lelaki lebih mudah buat keputusan untuk jatuh cinta pada pertemuan kali pertama. Wanita pula, perlukan masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk sahkan perasaan cinta mereka itu.

5. Tangani krisis

Wanita lebih bijak tangani masalah dengan tenang berbanding lelaki yang sering panas baran dalam menyelesaikannya.



6. Berkawan

Wanita lebih mudah dapat dan kekalkan hubungan dengan rakan-rakannya berbanding lelaki. Mereka turut lalui susah senang bersama, sedangkan lelaki lebih berkira.

7. Laman sosial

Sebenarnya hampir 48 peratus wanita sering update akaun laman sosial dan mereka jugalah yang memeriahkan suasana. Sebanyak 38 peratus pula adalah dari golongan lelaki.



8. Memaafkan

Walaupun berulangkali pasangan melakukan kesalahan yang sama, dia hanya mampu memaafkan. Itulah kelebihan wanita yang mudah untuk memaafkan.

9. Ingat tarikh penting

Wanita sangat peka dengan tarikh-tarikh penting, berbeza pula dengan lelaki, mereka lebih fokus dengan kehidupannya sahaja tanpa menghiraukan sebarang tarikh penting. Wanita selalunya akan terasa hati apabila pasangannya terlupa akan tarikh-tarikh penting.

10. Lebih tabah

Perlu diakui wanita lebih tabah hadapi dugaan dalam hidup mereka lebih lagi bila ada sasaran ingin dicapainya seperti bekerja lebih masa untuk dapatkan tas tangan berjenama. Jadi mereka tabah hadapi kesukaran di tempat kerja untuk dapatkan apa yang diingini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,078 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen