Rambut Beruban Di Usia Yang Muda, Kena Hitam Balik Sebelum Naik Pelamin Ini.

 

Kalau orang perempuan beruban, mungkin tidak mengapa dan tidak kelihatan sebabnya mereka ini bertudung. Namun begitu, kalau orang lelaki beruban, tentu sahaja ia akan mengurangkan kekacakan wajahnya. Lagi-lagi kalau belum kahwin, tapi yang perempuan kalau belum kahwin pun bimbang rambut beruban bukan?

Bila rambut sudah mula ditumbuhi rambut-rambut putih ini, perasaan bimbang malah risau kalau orang menganggap anda sudah tua hingga menyebabkan sukar untuk bertemu jodoh. Malah ada juga yang merasakan bahawa rambut berwarna putih ini mungkin bahaya buat dirinya.


Namun begitu, anda perlu tahu beberapa punca rambut anda beruban dan mungkin boleh mengubah gaya hidup anda jika ia adalah penyebabnya.



Punca masalah rambut beruban di usia muda:

1. Keturunan Keturunan adalah punca utama terjadinya masalah tumbuh uban ketika usia muda. Jika ada ahli keluarga sama ada ayah atau emak yang mempunyai uban sewaktu muda, keberangkalian anak-anak untuk memiliki rambut beruban juga tinggi.

2. Kekurangan Vitamin B Vitamin B adalah sumber penting dalam kesihatan rambut manusia. Kurangnya vitamin B dalam tubuh badan, akan menyebabkan terjadinya pigmen pada rambut mereka yang mengakibatkan rambut beruban.

3. Merokok juga penyebab kepada rambut beruban dengan cepat kerana kandungan nikotin di dalam darah yang cenderung menghapuskan zat dan gizi yang diperlukan dalam rambut.

4. Stres Bagi bakal mempelai, jangan terlalu stres dengan persiapan perkahwinan. Stres atau tekanan perasaan boleh menyebabkan uban tumbuh. Tekanan menyebabkan vitamin B berkurangan dalam badan, sekali gus menyababkan uban tumbuh. Namun jangan terlalu bimbang kerana keadaan itu akan kembali normal semula jika tahap stres anda dapat dikawal dengan baik.

5. Pewarna rambut dan syampu yang tidak sesuai Kini terdapat banyak produk pewarna rambut dan syampu di pasaran yang tidak menggunakan bahan yang betul dan baik untuk kesihatan rambut. Jika tidak tahu bahan yang digunakan, jangan sesekali mencuba produk itu dan berhati-hati memilih syampu yang sesuai.



3 cara atasi masalah rambut beruban:

• Elakkan tekanan Stres adalah faktor penyebab timbulnya penuaan pada rambut. Elakkan berasa stres dan sentiasa berÔ¨Ākiran positif dalam menjadi kehidupan seharian.

• Menjaga kebersihan kulit kepala Menggunakan syampu yang sesuai untuk rambut agar kulit kepala dan rambut lebih sihat. Gosok kulit kepala dengan limau nipis agar rambut kekal bersih, harum dan mewangi.

• Corak pemakanan yang sihat Amalkan pola pemakan yang sihat dan seimbang kerana ia dapat mencegah masalah rambut beruban. Ambil sumber makanan seperti beras merah, kuning telur, susu, jantung dan hati ayam, gamdum dan kacang hijau untuk menambah vitamin B dalam badan khusunya rambut.

Walaupun beruban pada usia muda tidak merbahaya, anda harus sentiasa menjaga kesihatan diri bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa dalam keadaan sihat. Namun jangan bimbang, sekarang ini banyak kaedah yang boleh digunakan untuk menghitamkan rambut anda semula.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,144 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen