Bila Isteri Mengadu Pada Suami Walaupun Masalah Kecil, Kena Cepat-Cepat Beri Perhatian Kerana Ada Bisikan Pada Hati Isteri Yang Menakutkan.

 

Bila isteri mula nak buka cerita nak kongsi apa yang berlaku pada dirinya, mula suami-suami angkat kaki malah ada sahaja yang buat-buat tak nak dengar apa yang isteri sedang katakan. Bukannya isteri minta bantuan untuk selesaikan apa yang di rasa tetapi dia mahukan orang mendengar segala luahan hatinya.


Orang perempuan ini kan mudah beremosi, jadi dalam rutian hariannya itu mungkin ada yang mengusik hatinya malah mungkin ada yang buat hatinya tak senang. Itu semua mahu dia kongsikan kepada pasangannya iaitu suaminya yang sudah dianggap rakan dan sahabat baiknya. Kalau suaminya tidak mahu mendengar, siapa yang akan mendengar segala curahan isteri ini.



Kalau suami mendengar segala isi hati isteri dengan baik dan tekun, tentu isteri akan rasa bahagia malah semakin sayang pada suaminya. Bukan itu sahaja, emosi isteri akan lebih baik malah masalah rumahtangga kalian pun akan lebih selamat tanpa pengetahuan orang lain. Itu pentingnya mendengar isi hati isteri.

Walaupun pasal jiran sebelah yang tak pulang bekas makanan ke, pasal baju yang dibasuh itu luntur warnanya sekali pun, dengar sahaja. Dari sini, kalian dapat wujudkan komunikasi yang baik sebenarnya.



Jangan diabaikan setiap isi hati dan curahannya. Ini kerana, sekali anda mengabaikan dan membuat tak endah dia akan mencari orang lain pula untuk mendengar segala isi hatinya. Malah, ia mungkin memberi kesan kepada rumah tangga anda. Seperti nukilan Muhammad Hassan ini, kalau suami tak dengar apa isteri luahkan, dia akan mengadu kepada orang lain pula.

"Dulu saya ni macam tak ambil peduli sangat jika isteri mengadu hal. Kadang-kadang isteri ni cicak dalam bilik air pun dia nak cerita.

"Sekarang baru saya faham. Dari sekecil masalah sehinggalah sebesar masalah jika isteri mengadu, suami ni kena cepat-cepat beri perhatian.



"Bukan apa. Nanti syaitan akan bisik hati isteri untuk mangadu kepada orang lain. Bila isteri kita mula mengadu kepada orang lain, maka segala keaiban rumahtangga akan tersebar. Dari orang tidak tahu, semua orang tahu.

"Sebab itulah. Suami perlu jadi pendengar dan penasihat yang setia buat isteri. Walaupun kadang-kadang kita penat baru balik dari kilang, balik dari kebun, dari pejabat. Tapi jangan hampakan keluhan dari seorang isteri."

“Dengar dan peluklah isteri, insyaallah dia akan jadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali”

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,121 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen