Hubungan Jarak Jauh Memang Sukar, Tapi Ini 5 Tanda Kalau Hubungan Kalian Dalam Keadaan Terancam.

 

Hubungan jarak jauh sememangnya perkara yang sangat menakutkan buat sesiapa sahaja. Tidak kiralah sudah berkahwin, bercinta ataupun dalam proses pertunangan. Bila cakap pasal hubungan jarak jauh ini, tentu ramai yang akan keluarkan komen-komen yang negatif, kalau yang positif ini memang agak sukar nak jumpa.

Sebab itu, bila cakap pasal perkara ini akan ada yang menyatakan bahawa peluang untuk berjaya teramatlah payah dan sukar. Walaupun tak semuanya begitu, tetapi ramai yang berpendapat sebegitu bukan?


Kalau anda terlibat dengan hubungan ini, tentu anda nak tahu bila waktunya yang menunjukkan bahawa hubungan ini dalam masalah. Orang kata sudah di hujung tanduk.



1. Sukar nak berkomunikasi.

Komunikasi yang baik adalah tanda bahawa hubungan kalian itu dalam keadaan yang baik. Akan tetapi jika komunikasi sudah kurang, ia bukan satu petanda yang baik. Nak-nak lagi jika dia cakap dia sentiasa sibuk, mungkin sudah tiba anda perbaiki hubungan tersebut kalau sayangkan pasangan anda.

2. Selalu cari masalah dengan pasangan.

Bila dah tak suka mulalah nak cari pasal dan silap. Ada yang menyatakan bahawa ini juga tanda bahawa dia merindu dan inginkan perhatian dari anda. Namun begitu, anda kena tahu bezakannya. Kalau dah selalu sangat ada yang tak kena maka memang tak kenalah hubungan anda itu.



3. Sukar untuk bertolak ansur.

Kalau dulu dia mungkin seorang yang penyayang, mudah nak bertolak ansur serta mudah juga dan memahami anda. Kini, semuanya sudah berubah. Dia yang anda kenal dulu sudah tidak sama seperti sekarang. Bahkan setiap teguran yang anda berikan pun tidak membuahkan hasil lagi. Jadi segera perbaiki hubungan anda sebelum terlambat.



4. Semakin banyak alasan.

Kejap kata sibuk, kejap ada kerja, kejap lepak dengan kawan. Macam-macam alasan yang diberikan olehnya hanya semata-mata dia tak nak anda mengganggu dirinya. Bila dah banyak alasan seperti ini, anda patut sudah jelas akan kemahuan dirinya.

5. Kenangan indah semakin menghilang.

Bila kalian makin jauh, semakin banyak kenangan yang akan mula hilang. Walaupun pada awalnya itu adalah kenangan yang terbaik kalian ada, tetapi ia semakin pudar. Jika seperti ini hubungan kalian, maka anda kena ambil langkah segera untuk pastikan hubungan kalian selamat.

Hubungan jarak jauh ini tidak menyulitkakan, akan tetapi bagaimana anda tangani dan lakukan itu yang memberi kerjayaan pada hubungan seperti ini. Jadi, jika masih ada masa dan ruang terus pertahankan hubungan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,416 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen