Bila Selalu Rasa Duit Gaji Tak Cukup, Rupanya Ada Hutang Dengan Isteri Sendiri. Ramai Suami Terlepas Pandang Perkara Ini.

 

Tugas sebagai seorang suami ini memang bukan mudah sebenarnya. Nak-nak lagi dalam mecari nafkah untuk diberikan kepada anak isteri. Mana tidaknya, telah berhempas pulas dan kena menahan maki, tiba-tiba gaji yang diperolehi itu kena berkongsi dengan orang lain. Itu yang timbul perasaan kedekut dan selalu tak nak beri apa yang patut anak dan isteri dapat.

Kalau beri pun, kadang dengan tak ikhlasnya malah dengan berkiranya. Macam mana nak cukup rezeki yang ada itu. Ramai suami-suami yang tak nampak akan perkara ini sebenarnya.


Bila rasa sempit, rasa rezeki macam tak cukup je malah rasa macam selalu kurang je... Cuba lihat balik apa yang telah anda lakukan.

Kenapa rasa tak bahagia je dengan anak isteri anda... Sedangkan orang lain itu bahagia je bersama keluarga mereka. Anda pula kenapa?



Sebab anda berhutang kepada isteri anda sendiri.

Benda paling suami terlepas pandang.. HUTANG NAFKAH.. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pon tak cukup? Duit habis tapi tak nampak spend untuk apa?

Hati kusut.. Tanya isteri anda,tanya dari hati ke hati.. Adakah dia redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri.. Tanya isteri,adakah dia betul-betul halalkan segala hutang nafkah yang suami berhutang tu?

Percayalah,isteri ni sebenarnya banyak benda dia pendam tapi dia takkan luahkan sebab menjaga hati.. kedua sebab nak elakkan pergaduhan.. JANGAN KEDEKUT dengan isteri..

perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri.. Perasan tak?? Makan isteri berkira,sampai isteri kena keluarkan duit sendiri.. dalam tak sedar,kita suami dah BERHUTANG dengan isteri..



Kite tengok isteri tak kisah, kita tahu ke dalam hati dia?

Mak Ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu untuk dijaga macam diorang jaga.. bukan kamu kerah tenaga dia macam BABU.. bukan untuk kamu kerah kudrat dia siang, malam 24jam tanpa rehat..

Bukan untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu,kamu nak dia jaga.. Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia agak-agak dia akan bagi tak kahwin?

Kahwin ni bukan untuk SEDAP semata.. tapi banyak TANGGUNGJAWAB yang kena pikul.. Atas dunia boleh kite ngelat,tapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.. Kita akan dipersoalkan kat akhirat esok-esok..

Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri. Jagalah perasaan isteri. Isteri lah punca rezeki suami makin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Aamiin..

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,144 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen