Wanita Yang Ingin Hamil Saat Usia 35 Tahun Ke Atas Bukanlah Suatu Perkara Yang Sukar, Doktor Ini Kongsi Tips Mudah Hamil Saat 30an.

 

Sebagai seorang wanita, tentunya anda sangat bimbang sekiranya tidak dikurniakan zuriat sebagai penyeri rumahtangga anda. Ini kerana, apabila berlakunya keadaan ini isteri akan lebih banyak dipersalahkan malah perlu bertanggungjawab sepenuhnya walaupun tidak tahu ia berpunca daripada diri sendiri atau suaminya.

Sebab itu ramai wanita yang tergesa-gesa untuk berkahwin awal kerana bimbang sekiranya mereka berkahwin lambat, mereka akan berdepan dengan masalah kesuburan. Sebab itulah, jika diteliti wanita ini lebih terdesak untuk berkahwin sebelum umurnya menjangkau 30an.


Sebenarnya, jika Allah sudah menyatakan bahawa anda akan memiliki rezeki anak maka anda kahwin awal ataupun lewat tentu sahaja Allah akan berikan rezeki tersebut pada anda. Tiada yang mustahil jika kita percaya kepada kekuasaan Allah.



Seperti tips yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad untuk seorang wanita berumur 35 tahun yang ingin hamil, bukanlah suatu perkara yang sukar. Yang paling utama ialah usaha dengan cara yang betul, banyakkan berdoa dan bersedekah. Insha ALLAH ia bukan menjadi satu yang mustahil.

Antara tips yang mungkin beliau kongsikan ialah :

1. KETAHUI WAKTU SUBUR

Ramai yang menyangka bahawa seorang wanita itu sentiasa subur kerana mempunyai kitaran haid yang teratur setiap bulan. Namun apa yang perlu diketahui iaitu seorang wanita itu benar-benar subur pada waktu tertentu dalam kitaran haid mereka.

Oleh itu jika mahu cepat hamil, harus mengetahui HARI SUBUR supaya lebih banyak usaha yang dapat diberikan sebagai persediaan sebelum melakukan hubungan seksual pada waktu itu.



2. JANGAN MENUNGGU UNTUK HAMIL

Berkahwin pada usia 35 tahun ke atas adalah perkahwinan yang harus segera mendapatkan zuriat. Jika mahu menangguhkan dulu untuk beberapa tahun kerana belum bersedia, ia adalah satu pertaruhan yang besar.

Ini kerana semakin seorang wanita itu berusia, semakin sukar peluang untuk hamil dengan mudah. Ini bukan bermakna tidak boleh hamil, tetapi usaha yang dilakukan haruskan berlipat kali ganda berbanding dengan wanita yang berusia lebih muda.

Dalam satu laporan statistik mengatakan bahawa kebarangkalian untuk seorang wanita berusia antara 35-39 tahun untuk hamil dalam masa setahun perkahwinan ialah satu dalam tiga wanita. Ini pun jika wanita itu tidak mempunyai masalah kesihatan yang melibatkan sistem reproduktif.



3. LAKUKAN PEMERIKSAAN

Tidak dapat dinafikan bahawa semakin kita bertambah usia, semakin kita mengalami masalah kesihatan. Kekuatan kita melakukan suatu kerja semakin beransur kurang berbanding dengan kekuatan kita semasa muda. Kebolehan untuk hamil segera pun begitu.

Oleh itu jangan bandingkan diri kita dengan orang lain, kerana apabila seorang wanita telah memasuki umur 35 tahun ke atas perbezaan dirinya dengan orang lain yang sama umur dengannya agak jauh berbeza.

Kebolehan untuk segera hamil ini bergantung kepada beberapa perkara, antaranya :

1. Pemakanan
2. Genetik
3. Berat badan
4. Masalah kesihatan yang kronik seperti diabetes mellitus, hypertension
5. Keseimbangan hormon
6. Masalah kesihatan reproduktif seperti endometriosis, ovarian cy, dan fibroid

Cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan kesihatan untuk memastikan tubuh bersedia untuk hamil. Selain itu, ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat, senaman, cara hidup yang lebih yang sihat, kurangkan pendedahan terhadap toksin dan sering melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Kesimpulannya, setiap wanita mempunyai tubuh yang unik, dan mempunyai kebolehan untuk hamil berbeza dengan wanita yang lain. Jadi jangan berputus asa, dan terus berusaha untuk hamil.

Saya mencadangkan seorang wanita yang berusia lebih 35, agar segera mendapatkan pemeriksaan ujian kesuburan apabila mereka tidak berjaya untuk hamil setelah mencuba selama 6 bulan atau lebih.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,116 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen