Bekas Kekasih Kini Bersama Rakan Anda, Jangan Cepat Marah & Melenting... Ini 5 Sebab Anda Patut Biarkan Mereka Bahagia.

 

Ada orang dia tak boleh terima jika bekas kekasihnya menjalinkan hubungan dengan rakannya. Ini kerana dia merasakan dirinya dipermainkan, malah ada juga yang merasakan bahawa mereka ini tidak layak untuk bahagia. Ada juga yang beranggapan bahawa bekas kekasihnya itu telah lama bermain cinta dengan rakannya secara diam-diam.

Memang menyakitkan apabila melihat seseorang yang pernah dengan anda kini bermesra pula dengan rakan anda. Memang rasa nak marah apabila mereka ini kelihatan lebih bahagia berbanding dengan anda dulu, bahkan memang rasa sedih jika anda masih menyimpan perasaan terhadapnya.


Mungkin ada sedikit terkejut dan confius dengan hubungan mereka, namun jangan begitu mudah nak melentingf ataupun naik angin gara-gara hubungan mereka. Adalah lebih baik anda chill dan biarkan sahaja mereka itu. Ada beberapa sebab kenapa anda tidak boleh marah mahupun cemburu atas hubungan mereka itu.



1. Boleh jadi mereka berjodoh.

Jika jodohnya bukan bersama anda, boleh jadi jodohnya bersama dengan rakan anda. Sebab itu, walaupun anda halang sekalipun hubungan mereka, kalau sudah tertulis bahawa mereka berdua itu berjodoh, tentu sahaja mereka akan berkahwin dan membina rumahtangga bersama. Jadi berbaloi ke anda nak marah-marah tak tentu pasal ini?

2. Kalau marah anda sebenarnya belum move on.

Orang yang belum move on sahaja akan marah dan rasa tidak puas hati akan hubungan rakannya bersama bekas kekasihnya. Jika anda berkelakukan seperti ini, itu tandanya anda belum move on, tentu ramai yang akan mudah baca sikap anda nanti.



3. Jangan jadi penghalang kebahagiaan orang lain.

Anda sepatutnya mendoakan kebahagiaan mereka bukannya menjadi halangan dalam hubungan mereka. Ini kerana, apabila anda memberi laluan orang lain untuk bahagia, anda pun akan berpeluang untuk menikmati rasa bahagia itu. Mana tahu selepas ini anda pun akan bahagia bersama orang lain.

4. Menyedarkan anda bahawa anda layak untuk yang lebih baik.

Perkara ini sebenarnya banyak hikmahnya. Jika ia berlaku kepada anda, itu tandanya anda perlu keluar dari zon tersebut dan mencari orang yang lebih baik dan perlu berada dengan orang yang baik. Boleh jadi rakan anda dan dia bukan aura yang terbaik untuk anda.

5. Membuatkan anda lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Dengan berlakunya kejadian seperti ini sebenarnya akan membuatkan anda menyedari bahawa anda perlu lebih berhati-hati dalam memilih rakan serta pasangan hidup. Ini kerana, kemungkinan perkara seperti ini berlaku lagi adalah tak mustahil.

Biarkan mereka merasai apa yang anda pernah rasai dahulu. Jangan kecewa tetapi percaya bahawa anda lebih layak untuk bersama mereka yang lebih baik.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,478 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen