5 Tips Berkomunikasi Orang Seperti Anda, Yang Malu & Kekok Boleh Cuba Ini.

 

Setiap orang mempunyai perbezaan keyakinana terhadap diri mereka. Ada yang sentiasa berkeyakinan walaupun dengan orang yang baru dikenali, ada pula yang pemalu dan mudah kekok dengan seseorang yang baru kenal.

Buat mereka yang permalu ini tentu sahaja perlukan tips dan cara untuk lahirkan rasa keyakinan dalam diri mereka ataupun mereka ini perlu bimbingan dalam perbualan. Jika anda seperti ini, jangan bimbang ada cara yang membantu diri anda untuk mendekati seseorang yang anda sukai.


Seseorang boleh selesa, jatuh cinta dan menyukai anda jika anda ini mempunyai kemahiran komunikasi yang betul serta bijak dalam mencari topik perbualan. Akan tetapi, tak semua orang mampu selesa dengan segala topik yang anda rasakan sesuai, tetapi 5 topik ini tentu sahaja sesuai dengan semua orang.

1. Berbual mengenai persekitaran anda.

Di mana anda berjumpa dirinya? Di taman atau di kedai makan? Apa yang ada disekeliling anda itulah yang menjadi bahan bualan anda. Kalau di taman, mungkin anda boleh bercakap mengenai aktiviti, jenis musik ataupun beberapa taman pilihan anda.



2. Bijak untuk sambung perbualan.

Jangan tanya sepatah, anda jawab sepatah. Ini semua akan menyebabkan perbualan anda akan tamat dengan serta merta. Sebab itulah anda perlu bijak untuk sambung perbualan, jika anda merasakan perbualan itu akan tamat, cepat-cepat untuk fikirkan perbualan seterusnya. Jangan biarkan ia tergantung dan senyap yang berpanjangan.

3. Jangan terburu-buru nak tanya hal peribadi.

Hal peribadi adalah perkara yang sangat sensitif, maka dengan itu jangan terlalu mudah untuk bertanya hal peribadi kepada seseorang yang baru anda kenal. Nak-nak lagi kalau melibatkan hubungan terdahulu, atau masa silam yang melukakan hatinya. Ini semua hanya boleh buat dia turn off pada anda sahaja.



4. Gunakan hobi atau minat.

Anda boleh gunakan hobi dan minat anda untuk menjadi bahan perbualan. Tentu perbualan kalian akan bertambah menarik kalau kalian mempunyai minat yang sama. Kalau kalian adalah gemar menonton wanyang, bolehlah kongsi cerita terbaru di panggung wayang.

5. Gunakan topik isu semasa lebih mudah dapat perhatian.

Kalau rasa itu tak jalan ini tak jalan. Cuba cari isu berkaitan isu semasa. Macam beberapa cerita yang keluar di kaca tv atau akhbar. Akan tetapi jangan pula anda masukkan bab politik pula, nanti si dia akan bosan dan jemu pula.

Pastikan anda mencari satu topik yang anda boleh berbual dengan yakin mengenainya. Bila anda yakin dengan topik tersebut barulah boleh berbual dengan lancar dan baik.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,416 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen