Bila Sudah Berkahwin Jangan Lupa Tugas Anda Sebagai Anak, Tapi Jangan Pula Abaikan Tanggungjawab Dalam Rumahtangga.

 

Ibu dan ayah adalah permulaan bagi anak-anak mereka. Mereka ini berhempas pulas dalam mendidik, membesarkan malah memberi apa yang anak mereka perlukan tanpa sedikit pun rasa terbeban dan juga menyusahkan. Setiap apa yang ibu dan ayah lakukan selalu mengutamakan anak-anak dalam segala hal.

Ramai anak akan taat pada ibu bapa mereka sebelum berkahwin, akan tetapi selepas berkahwin akan ada yang mula mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa, malah ada juga yang membelakangkan ibu bapanya dan mengutamakan pasangan.


Nak-nak lagi jika anaknya itu perempuan dan bergelar seorang isteri, tentu sahaja kata-kata suaminya akan dikuti sehingga mengabaikan ibu bapanya sendiri kerana suami melarang, malah lebih taat kepada suami kerana tidak mahu dikatakan sebagai isteri derhaka. Berlainan pula dengan anak lelaki, jarang yang akan mengutamakan pasangan berbanding dengan ibu bapa sendiri sebabnya mereka ini ketua keluarga dan mempunyai kuasa yang lebih dalam hubungan suami isteri.

Baik anak perempuan mahupaun anak lelaki, selepas anda berkahwin anda masih perlu melaksanakan tanggungjawab anda sebagai anak, antaranya;



1. Sentiasa membantu orang tua anda.

Bila dah kahwin, jangan lupa nak bantu ibu bapa anda. Hulurkan sedikit wang belanja buat mereka, tak perlu banyak sehingga membebankan anda tetapi cukup sekadar anda mengingati dirinya. Kadang kala ibu bapa ini bukan nakkan sangat wang ringgit anda tetapi dia ingin melihat anda melakukan tanggungjawab sebagai anak sahaja.

2. Menguruskannya saat dia sakit.

Apabila ibu atau bapa anda jatuh sakit, jangan bergaduh dengan adik beradik siapa yang menjaga mereka. Tetapi bergilirlah dengan adik beradik untuk menjaga ibu bapa mereka. Ini kerana, setiap yang anda lakukan ini akan menjadi contoh kepada anak-anak anda dan mereka juga akan menirunya bila anda tua kelak.



3. Sentiasa pulang ke kampung.

Ada orang bila dah kahwin nak pulang ke kampung pun payah, nak lihat ibu bapa mereka sendiri pun susah. Pulanglah sekali sekala melihat ibu bapa anda. Mereka ini sentiasa merindui anda setiap saat.

4. Tidak membebankan ibu bapa dengan perkahwinan anda.

Apabila anda berkahwin, jangan sesekali membebankan ibu bapa anda dengan rumahtangga anda. Di mana, anda menyuruhnya menjaga anak-anak anda, meminta wang belanja darinya, sentiasa bergaduh sehingga membimbangkan ibu bapa anda dan macam-macam lagi. Bila dah kahwin rumahtangga anda itu adalah tanggungjawab anda bukan ibu bapa. Beri masa untuk mereka berehat dan melakukan ibadah di hari tua mereka.



5. Bersedia untuk berkorban untuk ibu bapa.

Sebagai anak, anda seharusnya bersedia untuk korbankan masa dan tenaga buat ibu bapa anda. Jangan pernah berkira dengan mereka kerana mereka juga tidak pernah berkira ketika membesarkan diri anda. Jika anda mengutamakan ibu bapa anda, tentu ada balasan yang akan anda terima. Namun begitu, jangan pula anda melupakan tanggungjawab anda sebagai seorang suami mahupun isteri, kerana rumahtangga anda itu lebih utama.

Pada ketika ini, sudah ramai yang melupakan tugas mereka sebagai anak selepas kahwin. Ibu bapa ini bukannya mahukan wang ringgit anda tetapi dia mahu kasih sayang, masa dan juga saat bersama anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,416 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen